CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8042|Reply: 0

Hatrik Foden lonjak Citizens

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden (dua dari kiri) melengkapkan hatriknya ketika menentang Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Brentford, London awal pagi tadi. – Foto AFP

LONDON: Phil Foden meledak hatrik ketika Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brentford 3-1 awal pagi tadi sekali gus menyaksikan tiga pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dipisahkan dengan hanya dua mata.

City merampas tangga kedua sekalipun terikat dengan Arsenal dengan 49 mata, dua mata di belakang Liverpool namun anak buah Pep Guardiola beraksi kurang satu perlawanan berbanding pencabar mereka.

Pasukan juara bertahan itu muncul pasukan pertama dalam sejarah EPL menang empat perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan sekalipun ketinggalan dalam kesemuanya.

Neal Maupay meletakkan The Bees di depan bertentangan dengan arus perlawanan pada minit ke-21, namun tiada keraguan mengenai keputusan perlawanan itu sebaik Foden menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama.


Kevin De Bruyne dan Erling Haaland kemudian mengumpan kepada pemain antarabangsa England itu untuk melengkapkan hatrik kedua kariernya masing-masing pada minit ke-53 dan 70.



Penyerang Brentford, Neal Maupay (kiri) mengatasi cabaran pertahanan Manchester City, Josko Gvardiol sebelum merembat masuk gol pertama pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Brentford, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pencabar City untuk merebut kejuaraan mungkin mengeluh kerana tidak mengambil kesempatan ketika De Bruyne dan Haaland diketepikan susulan kecederaan pada beberapa bulan terakhir ketika mereka kelihatan berupaya muncul pasukan pertama memenangi kejuaraan liga utama Inggeris kali keempat berturut-turut.

Guardiola kini mempunyai skuad penuh cergas untuk dipilih malah beliau meninggalkan pemain seperti Jeremy Doku, Jack Grealish dan John Stones di bangku pemain simpanan.

Kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Liverpool awal pagi semalam mencerahkan peluang The Gunners dalam usaha merebut kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 20 tahun.

Namun keputusan itu turut memihak kepada City ketika mereka kekal pasukan yang perlu dikalahkan menjelang hujung musim yang semakin menjengah. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... den-lonjak-citizens
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049934 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list