CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7720|Reply: 0

Osimhen mungkin tak beraksi di separuh akhir AFCON

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 6-2-2024 09:05 AM


AYAM tambatan Nigeria, Osimhen mengalami ketidakselesaan di perut. -FOTO Reuters

Abuja: Bintang Nigeria Victor Osimhen berdepan kemungkinan tidak akan diturunkan untuk aksi separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menentang Afrika Selatan di Bouake pada hari Rabu, kata pegawai pasukan.

Penyerang Napoli, Osimhen, tidak menyertai skuad lain ke Bouake kerana mengalami ketidakselesaan di bahagian perut, kata jurucakap Super Eagles, Babafemi Raji.


"Pasukan perubatan mengesahkan bahawa dia diletakkan di bawah pengawasan rapi dengan seorang anggota pasukan perubatan tinggal di Abidjan bersamanya," kata kenyataan itu.

Pemain Terbaik Afrika itu tidak menjalani latihan pada petang Isnin sebelum pasukan itu berlepas dari Abidjan.
Osimhen digantikan pada lewat pada suku terakhir ketika menentang Angola Ahad lalu.


Pemain berusia 25 tahun sudahpun menjaringkan lapan gol musim ini ketika Napoli yang kini berada di tempat ketujuh bergelut dalam mempertahankan kejuaraan mereka dan akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun persembahannya di Ivory Coast amat mengagumkan dan beberapa lagi gol di Piala Negara-Negara akan menjadikan penyerang itu lebih bertenaga dan menarik untuk ditontoni.


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... separuh-akhir-afcon



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.550565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list