View: 7232|Reply: 0
|
EPL: Aston Villa berpesta gol di Bramall Lane
[Copy link]
|
|
VILLA terus mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat pasukan teratas selepas mencatat kemenangan besar ke atas Sheffield awal pagi semalam. - AFP
SHEFFIELD – Aksi serius yang dipamerkan oleh para pemain Aston Villa ketika membelasah Sheffield United 5-0 di Bramall Lane awal pagi semalam mendapat pujian daripada pengurusnya, Unai Emery.
Villa kembali menghidupkan impian mereka kekal dalam kelompok empat pasukan terbaik apabila mendahului dengan cukup selepas pada separuh masa pertama dengan meledak empat gol dalam tempoh setengah jam.
John McGinn membuka tirai jaringan sebelum Ollie Watkins, Leon Bailey dan Youri Tielemans menambah gol, manakala Alex Moreno melengkapkan malam cemerlang pasukan itu dengan gol kelima pada babak kedua.
“Kami berjaya mengawal perlawanan dan melakukan sentuhan penyudah yang cukup sempurna. Kami berjaya mendapatkan keyakinan sejak awal permainan dan mempamerkan aksi yang cukup selesa.
“Kami menamatkan babak pertama dengan keputusan yang baik. Perkara yang utama adalah kami memenangi perlawanan dan bermain dengan serius untuk mendapatkan tiga mata penuh,” katanya
Tambahnya, kunci utama kemenangan besar tersebut adalah kerana para pemainnya menghormati kekuatan yang ada pada Sheffield dan tidak memandang mudah keupayaan pasukan lawan sekali gus membuatkan mereka kekal dengan perancangan yang dibuat.
Bagi Sheffield, kekalahan itu adalah yang kedua terbesar musim ini di Bramall Lane selepas mereka tewas 0-8 kepada Newcastle United kira-kira empat bulan lalu.
Skuad kendalian Chris Wilder itu hampir pasti akan tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim depan selepas hanya mengutip 10 mata dalam 23 aksi yang dilalui musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ol-di-bramall-lane/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|