View: 13321|Reply: 0
|
Chelsea tagih sentuhan Nkunku
[Copy link]
|
|
AKSI Christopher Nkunku (tengah) ditagih Chelsea. FOTO Agensi
London: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino membayangkan kemungkinan bakal menurunkan Christopher Nkunku dalam kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Wolves di halaman sendiri, esok.
Sebelum ini, pemain kebangsaan Perancis itu terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan dan sentuhannya diperlukan bagi memastikan kemenangan mampu diraih.
"Dia antara pilihan penyerang yang kami ada. Dia menunjukkan kualiti yang ada padanya dan sentiasa mahu berikan aksi terbaik," kata Pochettino.
"Kami perlu berhati-hati dalam membuat keputusan menurunkannya terutama dalam membina kecergasan dan keyakinannya. Kami gembira melihat caranya untuk membantu pasukan namun sebarang langkah diambil perlu berhati-hati," katanya yang enggan kecederaan pemain itu berlanjutan.
Mengulas mengenai kekalahan 4-1 di tangan Liverpool Rabu lalu, Pochettino menyifatkan kekurangan pengalaman punca utama mengapa pasukannya tumbang.
Katanya, barisan pemain perlu segera meningkatkan aksi masing-masing dan percaya potensi anak buahnya bakal menyerlah dalam baki saingan musim ini.
"Kami perlu segera meningkatkan prestasi pasukan. Berdasarkan persembahan kami, pasukan tampaknya berdepan masalah pengalaman di mana ia adalah masalah terbesar kami," kata pengendali yang berasal dari Argentina itu.
"Itulah kenyataan sebenar. Kekalahan itu menunjukkan perbezaan antara pasukan yang sudah lama bermain bersama sejak empat hingga lima musim lalu dengan pasukan muda yang berusaha untuk menyamai kualiti lawan," katanya.
Chelsea dan Liverpool dijadual bertemu sekali lagi pada 25 Februari ini dalam aksi final Piala Liga, dan tugas berat menanti Pochettino untuk memastikan pemainnya bersedia mengekang asakan penyerang The Reds.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gih-sentuhan-nkunku |
|
|
|
|
|
|
| |
|