View: 8765|Reply: 0
|
Tottenham Hotspur bangkit atasi Brentford
[Copy link]
|
|
PENYERANG Hotspur Richarlison meledak gol ketiga buat menghadiahkan tiga mata kepada pasukannya. FOTO Agensi
London: Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Brentford 3-2 sekaligus kembali berada dalam kelompok empat teratas carta saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Bagaimanapun kejayaan mengutip tiga mata maksimum itu bukan mudah apabila pasukan tuan rumah kendalian Ange Postecoglou terpaksa bangkit di babak kedua untuk mengenepikan tentangan pelawat.
Jelas Postecoglou, beliau lega dengan kemenangan itu dan mengakui pasukannya semakin menunjukkan kematangan dalam persembahan mereka.
"Ia pasukan muda yang semakin matang. Kekalahan kepada Manchester City pada Jumaat membuktikan perjalanan kami masih jauh dan malam ini satu lagi ujian buat kami," kata Postecoglou.
Dalam aksi itu, skuad The Bees terlebih dulu mengejutkan penyokong tuan rumah apabila meletakkan pelawat di depan menerusi jaringan Neal Maupay seawal minit ke-15.
Hotspur tampil lebih kemas pada babak kedua dan hasilnya berjaya meledak tiga gol dalam tempoh 11 minit pertama menerusi jaringan Destiny Udogie pada minit 48 dan Brennan Johnson seminit kemudian.
Richarlison memastikan kemenangan dengan meledak gol kesembilannya musim ini pada minit ke-56 sebelum Ivan Toney cuba mengurangkan jurang jaringan di minit 67.
Hasil kemenangan itu, menyaksikan Spurs mengatasi Aston Villa menerusi kelebihan jaringan untuk menghuni tangga keempat EPL di belakang Liverpool, Manchester City dan Arsenal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kit-atasi-brentford |
|
|
|
|
|
|
| |
|