CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8217|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] DBKL gempur penjaja steamboat tanpa lesen

[Copy link]
Post time 30-1-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Antara penjaja steamboat yang diperiksa DBKL semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur penjaja steamboat atau lolo menerusi satu Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Tanpa Lesen dan Penjaja Warga Asing di ibu kota semalam.

DBKL dalam satu hantaran berkata, pihaknya menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Tanpa Lesen dan Penjaja Warga Asing di sekitar Jalan Haji Hussein dan Jalan Ampang (hadapan LRT Ampang Park).

Katanya, tindakan khas itu dibuat secara mengejut melalui pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan dan penjajaan seperti penjaja makanan, minuman dan lain-lain aktiviti yang membuat kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat enam tindakan sita dan pindah barangan atau peralatan yang diletakkan di tempat awam terhadap pemilik restoran atau gerai, penjaja tanpa lesen warga negara dan penjaja tanpa lesen warga asing menerusi kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Tindakan khas ini merupakan kali kedua dijalankan di lokasi yang sama pada and 18 Januari lalu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, antara peralatan yang disita adalah kerusi meja, payung lipat, skuter elektrik, kenderaan steamboat (lolo) dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... amboat-tanpa-lesen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.234560 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list