View: 2483|Reply: 0
|
City jumpa Luton dalam Piala FA
[Copy link]
|
|
Pertahanan Manchester City, Nathan Ake (kiri) meraikan jaringan kemenangan bersama Ruben Dias dan Josko Gvardiol ketika menewaskan Tottenham 1-0 pada pusingan keempat Piala FA Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London Jumaat lalu. – Foto AFP
LONDON: Penyandang juara Piala FA Inggeris, Manchester City akan bertandang ke Luton Town pada pusingan kelima manakala kelab pembunuh gergasi dari liga amatur Maidstone berdepan Sheffield Wednesday atau Coventry.
Juara tiga piala City menang 1-0 di Tottenham pada pusingan keempat menerusi gol lewat Nathan Ake Jumaat lalu.
Pasukan kendalian Pep Guardiola kini akan menuju ke Kenilworth Road untuk berdepan Luton yang menang 2-1 di Everton kelmarin.
Maidstone mencipta satu daripada kejutan terbesar dalam sejarah Piala FA apabila menang 2-1 di kelab Liga Kejuaraan, Ipswich kelmarin.
Kelab divisyen keenam Liga Nasional Selatan itu adalah pasukan dengan ranking terbawah masih bersaing dalam pertandingan itu.
Mereka kini akan berkunjung ke satu lagi kelab Liga Kejuaraan untuk berdepan pemenang aksi ulangan antara Wednesday dan Coventry pada pusingan 16 terakhir.
Maidstone sudah menewaskan dua lagi kelab liga dalam Piala FA musim ini, selepas menyingkirkan Barrow dan Stevenage.
Menburu trofi kejuaraan dalam musim terakhir kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, yang menang 5-2 ke atas Norwich awal pagi tadi, akan menentang sama ada Watford atau Southampton, kedua-duanya seri 1-1.
Pemenang aksi ulangan antara Bristol City dan Nottingham Forest akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United, yang menundukkan kelab divisyen empat Newport County 4-2 awal pagi tadi. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... uton-dalam-piala-fa |
|
|
|
|
|
|
| |
|