CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2403|Reply: 0

Liverpool mara bergaya, United cemas seketika

[Copy link]
Post time 29-1-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode

GRAVENBERCH meraikan gol kelima Liverpool bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters

Liverpool, England: Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA selepas membelasah Norwich City 5-2 manakala rusuhan penonton mencemarkan kemenangan 2-0 Wolverhampton Wanderers ke atas West Bromwich Albion semalam.

Juara 12 kali Manchester United pula mensia-siakan kelebihan dua gol awal namun bangkit menewaskan kelab Divisyen Empat Newport County 4-2 di Rodney Parade.

Kemenangan Liverpool itu juga membolehkan mereka dalam landasan tepat memburu empat kejuaraan sebagai hadiah kepada pengurus mereka Jurgen Klopp yang Jumaat lalu mengumumkan akan meninggalkan Anfield pada penghujung musim.

"Saya mendapatkannya, sangat emosional," kata Klopp kepada BBC. "Saya hanya perlu pastikan kami perlu terus menjadi seperti pahlawan dan bukannya meraikan orang tua di tepi padang. Perlawanan pertama selepas berita itu dan kami berjaya tanganinya," tambahnya lagi.



Juara lapan kali Piala FA itu mendapat gol menerusi Curtis Jones, Darwin Nunez, Diogo Jota, Virgil van Dijk dan Ryan Gravenberch.

Liverpool akan menentang sama ada Watford atau Southampton selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan lewat pemain Southampton Stuart Armstrong yang memaksa perlawanan ulangan.

"Ia perlawanan sempurna," kata Jones kepada ITV. "Kami mendapat banyak jaringan dan tiada siapa cedera. Sudah tentu (pemergian Klopp sebagai motivasi)," tambahnya.

"Kami mendapat gol demi gol pada permulaan musim dan sekarang berita itu diketahui, jadi kami akan memberikan lebih lagi."

Ben Gibson dan Borja Sainz menjaringkan gol Norwich City yang menduduki tangga kesembilan Liga Kejuaraan, 28 tangga di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam piramid bola sepak England.



PEMAIN Newport County Will Evans menjaringkan gol penyamaan pasukannya ketika menentang United.

Antony meledak jaringan minit ke-68 untuk naib juara Piala FA tahun lalu selepas Newport -- ranking 76 di bawah United dalam piramid bola sepak England bangkit susulan ketinggalan dua gol.

"Kami kuasai perlawanan tapi mungkin agak perlahan," kata pengurus United Erik ten Hag. "Kami berpeluang mendahului 3-0. Percubaan (Alejandro) Garnacho terkena palang. (Newport) tiada langsung dan kemudiannya mereka jaringkan gol."

Bruno Fernandes, pemain berusia 18 tahun Kobbie Mainoo dan Rasmus Hojlund turut meledak gol United yang melepaskan dua jaringan kali pertama kepada kelab Divisyen Empat dalam aksi Piala FA sejak 1970 ketika menentang Northampton Town.

"Jelas ia bukan keputusan kami mahukan, kemenangan yang kami mahu tapi keputusan itu tidak begitu bagus bagi kami. Kami tak sepatutya melepaskan gol," kata kapten United Fernandes.

"Kami perlu menang trofi ini. Kami tahu betapa bermaknanya trofi ini kepada penyokong, kelab, negara dan kepada kami juga. Kami mahu ke final dan juara."

Sementara itu, perlawanan Wolves dengan seteru setempat, West Bromwich Albion semalam dihentikan hampir 40 minit selepas penyokong bergaduh sehingga ada yang cedera di tempat duduk penonton.

Permainan dihentikan oleh pengadil Thomas Bramall pada lewat separuh masa kedua di Hawthorns apabila penyokong masuk ke dalam padang ketika pergaduhan berlaku di satu sudut stadium berkenaan.

Seorang penyokong dilihat diiringi keluar dengan darah mengalir dari luka di kepalanya. Keganasan meletus sejurus selepas Matheus Cunha menjaringkan gol untuk memberi Wolves mendahului 2-0 ke atas jiran pada minit ke-78 pertembungan pusingan keempat.

Samseng bola sepak West Brom kelihatan menyerang penyokong Wolves yang duduk di bahagian yang dikhaskan untuk peminat pelawat.

Polis dan pengawal stadium bergegas ke tempat pergaduhan apabila objek dibaling dan tumbukan berlaku di antara peminat.

Kedua-dua pasukan meninggalkan padang untuk kembali ke bilik persalinan, dengan pertahanan West Brom, Kyle Bartley memegang anaknya dalam pelukan selepas membawanya dari kawasan berhampiran pergaduhan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ited-cemas-seketika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.034783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list