View: 13016|Reply: 0
|
[Pahang]
Penternak rugi RM14,000, sangkar ikan tenggelam banjir
[Copy link]
|
|
MOHD ZAIMI (kanan) dibantu rakannya menarik sebuah sangkar ikan ke tebing di Sungai Tembeling di Jerantut hari ini.
JERANTUT – Seorang penternak ikan sangkar, Mohd. Zaimi Ali, 59, mengalami kerugian kira-kira RM14,000 apabila sangkar ikan patin dan tilapia yang diusahakannya musnah susulan kejadian banjir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini.
Mohd. Zaimi berkata, dia mula mengisi sebanyak 1,200 benih ikan pada tahun lalu ke dalam sangkar berkenaan dan ikan dijangka matang dan boleh dipasarkan pada Ramadan ini.
“Saya mula mengusahakan ternakan lapan sangkar ikan patin dan tilapia secara berperingkat pada bulan April tahun lalu dengan harapan untuk memasarkan ikan ini mulai bulan Ramadan ini.
“Keadaan air Sungai Tembeling naik mendadak sehingga menenggelamkan beberapa premis di dataran kampung ini kelmarin, menyebabkan saya tidak sempat turun memeriksa kawasan ternakan ikan sangkar di sungai tersebut.
“Apabila banjir mulai surut hari ini, saya turun memeriksa sangkar dan terkejut apabila sebuah daripada lapan sangkar telah dihanyutkan air dan tenggelam,” katanya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.
Menurut Mohd. Zaimi, dia juga mendapati kedudukan tujuh buah sangkar lagi tidak teratur apabila dilanggar kayu balak reput dan arus sungai yang deras.
“Saya dengan bantuan rakan terus menarik sangkar yang terselamat ke tebing dan ditambat kemas pada pokok besar sambil cuba mencari sebuah lagi sekiranya tersangkut di pokok tepi sungai, tetapi malangnya tidak ditemukan dipercayai tenggelam.
“Saya anggarkan sebanyak 1,200 benih patin dan ikan tilapia yang sudah besar dan matang cuma menunggu menjelang bulan Ramadan untuk dipasarkan dalam sangkar tersebut bebas dibawa arus,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-tenggelam-banjir/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|