View: 4767|Reply: 0
|
Piala FA: Howe congak nasib di Newcastle
[Copy link]
|
|
HOWE terdesak untuk mengelak kekalahan berdepan Fulham ketika masa depannya di St. James Park tidak menentu ekoran prestasi semasa Newcastle. - AFP
LONDON – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe bukan sahaja perlu memikirkan mengenai nasibnya di St. James Park, namun beliau juga bakal berdepan kehilangan beberapa pemain utama yang diperlukan untuk bangkit kembali dalam saingan musim ini.
Awal pagi esok menyaksikan Newcastle berdepan cabaran getir untuk meneruskan saingan dalam Piala FA apabila bakal berdepan Fulham di Craven Cottage ketika prestasi pasukan itu agak sukar apabila hanya meraih satu kemenangan dalam enam aksi terakhir.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Newcastle, Darren Eales mengesahkan bahawa kelab itu perlu menjual beberapa pemain utamanya bagi mengelak tindakan akibat pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP).
Aksi menentang Fulham amat penting buat Howe dan The Magpies ketika Piala FA hanyalah satu-satunya peluang untuk mereka menamatkan kemarau trofi sejak 69 tahun lalu selepas tersingkir dari Piala Liga Inggeris, Liga Juara-Juara dan semakin jauh ketinggalan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Pengulas bola sepak England, Chris Sutton membuat jangkaan bahawa skuad kendalian Howe itu akan tewas 1-2 berdepan Fulham sambil mengakui simpati terhadap nasib yang dialami pengurus berkenaan.
“Saya terkejut dengan apa yang berlaku, saya membaca banyak perkembangan mengenai mereka dan kini terpaksa melepaskan beberapa pemain utama.
“Saya simpati dengan nasib Howe, situasinya di kelab itu tidak menentang dan kini perlu berdepan kehilangan pemain tonggak. Saya tidak fikir mereka akan melalui aksi di Craven Cottage dengan baik.
“Fulham adalah pasukan yang mampu mengubah permainan sekelip mata, mereka akan berikan segala-galanya untuk aksi kali ini dan Newcastle bakal berdepan masalah besar,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nasib-di-newcastle/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|