View: 5714|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Kerja pemasangan pengapit paip bocor di Sungai Perai dijangka siap petang ini
[Copy link]
|
|
CHOW (empat, kiri) meninjau kerja-kerja melibatkan penyambungan dua saluran paip dan pemotongan sambungan paip di bawah air di Sungai Perai hari ini. FOTO Bernama
Butterworth: Kerja-kerja memasang pengapit bagi membaiki kebocoran paip 1,350 milimeter (mm) di dasar Sungai Perai di sini dijangka siap menjelang 4 petang ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau yang melawat Sungai Perai hari ini berkata pasukan penyelam telah berjaya melakukan kerja pemasangan pengapit di bahagian atas paip bocor dan meneruskan kerja pemasangan pengapit di bahagian bawah supaya dapat diketatkan.
"Setakat ini kita masih mengikut jadual, menjelang 4 petang ini kita harap pelan A pemasangan pengapit dapat disiapkan.
"Sekiranya siap mengikut jadual, maka kita akan ambil tindakan seterusnya untuk memulihkan bekalan air kepada kawasan terkesan secepat mungkin dan meneruskan kerja-kerja pelan B (penyambungan dua saluran paip 600 mm)," katanya.
Semalam, media melaporkan Chow berkata sebanyak 120,000 pengguna di daerah Barat Daya dan bahagian selatan Timur Laut akan mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh seminggu sekiranya pelan A yang dijalankan ketika ini gagal.
Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa merupakan kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lepas dan 12 Januari.
Berikutan beberapa kejadian paip bocor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, dan kerja pemasangan paip sementara itu dijangka siap pada 2 Februari, dan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu projek baharu penggantian paip kekal di dasar Sungai Perai siap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ijangka-siap-petang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|