|
SUHAIMI menunjukkan rumahnya yang terbakar pada petang kelmarkn di Parit Haji Omar Laut, Api-Api, Pontian, Johor.
PONTIAN – Seorang pekerja kontrak sebuah kolej tidak menyangka mimpi yang dialami anak perempuannya dua hari lalu menjadi kenyataan apabila rumah pusaka yang didiami tujuh sekeluarga di Jalan Parit Haji Omar Laut, Api-Api di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.
Suhaimi Abu Bakar, 44, yang bekerja menjaga landskap di Kolej Malborough Malaysia di Iskandar Puteri berkata, anak perempuannya, Nurul Faryanie Alysa, 17, bermimpi rumahnya akan terbakar sebelum memaklumkan kepadanya dan isterinya, Norhafizah Abu Bakar, 41.
Malah tiga hari lalu, dia juga berasa tidak sedap hati ketika berbaring di ruang luar rumah pusaka keluarga yang didiami sejak 30 tahun lalu.
“Semalam semua ahli keluarga tiada di rumah, saya bersama isteri dan seorang anak ke rumah emak saudara di Api-Api, manakala yang lain ada yang terlibat dengan aktiviti sukan dan sebagainya.
“Apabila saya balik ke rumah pada pukul 6.30 petang, dari jauh nampak asap hitam dan api berkepul-kepul, terdetik dalam hati, rumah saya ke yang terbakar, memang betul telahan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Suhaimi, beberapa dokumen penting termasuk surat beranak, buku bank dan gran tanah termasuk sebuah motosikal lama hangus terbakar dan tidak dapat diselamatkan.
Bagaimanapun, sebuah kereta yang lama tidak gunakan kerana masalah teknikal, berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai dengan menolaknya ke rumah jiran berhampiran.
Menurutnya, mereka sekeluarga kini menumpang sementara di sebuah rumah kosong di Kampung Api-Api sebelum berpindah ke rumah sewa selepas ini.
Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Pengusa Bomba, Azhar Abd. Jalil dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang pada pukul 6.50 petang.
Menurutnya, sebaik sahaja Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian memang benar berlaku kebakaran sebuah rumah.
“PKO menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan dan api dapat dikawal pada pukul 7.17 malam dengan kemusnahan melibatkan 100 peratus,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... kar-jadi-kenyataan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|