CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8920|Reply: 0

Kejutan di Piala Asia

[Copy link]
Post time 22-1-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode

JEPUN alami kejutan terbesar tewas kepada Iraq di Piala Asia. -FOTO AFP

Doha: Pusingan kedua Piala Asia membawa beberapa kejutan apabila pasukan pilihan yang dijangka menang sebelum kejohanan menerima tamparan besar sekali gus menimbulkan persoalan dengan pasukan Arab membuktikan mereka semakin merapatkan jurang dengan lawan yang lebih terkenal.

Jepun selaku juara empat kali dan pasukan yang menduduki kedudukan ranking paling tinggi di kejohanan itu tewas 1-2 menentang Iraq manakala Korea Selatan hampir tewas kepada Jordan untuk kali pertama sebelum berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan yang menyelamatkan mereka.

Iraq mempunyai strategi berjaya menggugat Jepun yang bergelut dengan bentuk fizikal Asia Barat di mana kebanyakan penyokong Iraq menjadikannya ia terasa seperti perlawanan di tempat sendiri buat Singa Mesopotamia.

Iraq mungkin dapat menjaringkan lebih banyak gol jika penyerang mereka, Aymen Hussein yang menjaringkan kedua-dua gol sebelum tempoh rehat tidak mengalami kecederaan.



"Kami menganalisis sebelum permainan dan tahu bagaimana Iraq akan bermain pada permulaan dan mereka memang bermain dengan sangat agresif.

"Malangnya, kami tidak dapat mengendalikannya dan saya tahu kami perlu melakukan lebih baik," kata jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu.

Jurulatih Iraq, Jesus Casas menjadi wira negara itu selepas mereka meraih kemenangan pertama mereka ke atas Jepun dalam tempoh 42 tahun dan pengendali Sepanyol itu berkata dia bangga dengan pemain yang dipilihnya untuk kejohanan ini.

"Sejak saya mengambil alih, saya bukan sahaja memilih pemain yang boleh menjadi pejuang tetapi juga pemain yang baik.

"Perbezaan pada tahap ini adalah anda perlu keseimbangan antara perjuangan dan kualiti," katanya.

Korea Selatan turut terganggu pendekatan taktikal Jordan menerusi selepas sekadar seri 2-2.

Korea Selatan yang dikendalikan Juergen Klinsmann tidak menjaringkan sebarang gol ketika mengamalkan corak permainan terbuka tetapi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan pada masa tambahan.

Jordan yang memiliki kekuatan di bahagian tengah dan pertahanan selain kemantapan di bahagian serangan meletakkan Korea Selatan dalam kesukaran dan kerap menekan mereka untuk membuat keputusan pantas sehingga menyebabkan mereka kehilangan bola.

"Apa yang mereka lakukan adalah sangat baik dan mengatasi kami secara fizikal dalam pertempuran satu lawan satu.

"Ada pepatah lama dalam bola sepak yang menyatakan bahawa anda perlu memenangi pertempuran satu lawan satu anda.

"Kami perlu mencari penyelesaian kerana Jordan memperjuangkan setiap bola sebagai satu bahagian sebagai satu pasukan.

"Terdapat gaya permainan berbeza di situ. Setiap perlawanan yang kami bermain melawan Jordan atau melawan Bahrain adalah satu proses pembelajaran," kata Klinsmann.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jutan-di-piala-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.128974 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list