CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9896|Reply: 1

[Johor] Penduduk pantau kenderaan masuk kampung susulan penemuan rangka manusia

[Copy link]
Post time 21-1-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Yusri Hairunizar dan Mohd Syazrul ketika ditemui di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Iktibar daripada penemuan rangka manusia dalam rumah tinggal di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, Jumaat lalu menyebabkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau kenderaan tidak dikenali memasuki kawasan kampung.

Penduduk, Yusri Hairunizar, 24, berkata tindakan itu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.

"Kami terpaksa berbuat demikian dan mana-mana individu yang masuk, kita akan tanya hendak ke mana.

"Apa yang berlaku tempoh hari ini masih mengejutkan penduduk dan kami sendiri pun tidak menyangka dengan penemuan rangka manusia itu.



"Sedangkan laluan masuk ke lokasi sentiasa ada orang, apatah lagi gerai ikan tempat kami bekerja sentiasa dipenuhi pelanggan," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya lagi, jalan menuju ke lokasi tidak boleh dimasuki kenderaan dan hanya boleh dilalui bagi pejalan kaki.

"Kita tak jangka pun ada jumpa rangka pada Jumaat lalu kerana di laluan ini sentiasa ada orang. Kadang-kadang jam 4 atau 5 pagi sudah ada orang di gerai ikan ini.

"Kalau ada individu masuk, biasanya singgah untuk beli ikan. Sebab saya sendiri akan bangun sekiranya ada kenderaan masuk selepas 1 pagi.

"Apa yang kami buat (kawalan) demi keselamatan, iktibar daripada yang berlaku dan berharap ia tidak berulang lagi.

"Kami pun tak tahu ketika mana individu terbabit memasuki kawasan itu kerana kami tidak pernah terserempak dengan mereka," katanya.

Jumaat lalu, penduduk dikejutkan dengan kehadiran kenderaan polis yang menuju ke belakang rumah sewa terbiar.

Pada awalnya, penduduk menyangka kedatangan polis hanya menjalankan tugas biasa sebaliknya mereka dimaklumkan mengenai penemuan rangka di rumah terbabit.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Mohd Syazrul Danish Mohd Anwar, 17, berkata, mereka melihat kenderaan polis memasuki kawasan itu sekitar jam 5.40 pagi dan sempat bertanya apa tujuan ke lokasi itu.

"Polis ada cakap dia orang ke sana (rumah terbiar) untuk cari hantu. Kami ingat mereka bergurau, tapi rupanya ada rangka manusia ditemui," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... muan-rangka-manusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 11:19 AM | Show all posts
Kejadian ini menciptakan ketidakpastian dan kekhawatiran di antara penduduk setempat, dan langkah-langkah keamanan tambahan slice master diambil untuk mencegah kejadian serupa di masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list