CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39695|Reply: 0

[Johor] Mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di rumah terbiar

[Copy link]
Post time 20-1-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode

INILAH bilik tempat rangka manusia tidak sempurna yang ditemui dalam rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat petang semalam.

BATU PAHAT – Penduduk di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini tidak menolak kemungkinan rangka manusia tidak sempurna termasuk tengkorak yang ditemui dalam rumah kosong hujung kampung itu disyaki mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di sebuah bilik rumah berkenaan.

Pesara swasta, Md. Hairunizal Alimon, 56, berkata, pendapat itu mungkin berasas kerana sepanjang tempoh sebulan ini dua keluarga yang menginap di lorong berkenaan tidak mendengar apa-apa perkara pelik seperti tangisan atau jeritan seseorang.

Katanya, mereka hanya menyedari adanya rangka manusia itu apabila dikejutkan dengan kedatangan pihak polis dan memaklumkan tentang penemuan itu.

“Selama sebulan ini juga, tiada kenderaan membawa barang-barang mencurigakan dilihat masuk ke bahagian belakang lorong ini.

“Kalau ada pun cuma lori yang membawa tanah atau batu untuk menambak tanah berhampiran kebun kelapa sawit,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, isterinya, Fadilah Md Mery, 51, berkata, sepanjang sebulan ini tiada ada apa-apa bau pelik kecuali bau ikan kerana terdapat tempat penjualan ikan di hadapan rumah.

Ujarnya, kebiasaanya kenderaan yang memasuki lorong ini hanya untuk membuat pusingan U sama ada selepas mengambil anak bersekolah atau lari dari sekatan polis berhampiran Tongkang Pechah.

“Kecuali siang macam ini orang akan keluar masuk dan kita pun takkan mengesyaki apa-apa. Rumah terbengkalai itu sudah dijual kepada pihak lain, namun mula terbiar kira-kira empat tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penjual ikan, Nurul Ain Sakinah Mohd Jasmi, 26, berkata, kenderaan yang keluar masuk ke lorong itu memang banyak setiap hari terutama ketika hari cuti umum kerana datang mendapatkan ikan dan barang-barang jualan disini..

“Saya sudah meniaga di sini sejak 2020. Sampai sekarang belum terjadi sebarang kejadian mencurigakan, ini kali pertama terjadi insiden seumpama ini dan gerai saya menjadi tumpuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... g-di-rumah-terbiar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.034229 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list