CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8542|Reply: 40

[Jenayah] Rogol, samun atas jejantas, warga Pakistan ditahan

[Copy link]
Post time 17-1-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 17-1-2024 04:56 PM

Rogol, samun atas jejantas, warga Pakistan ditahan.
Mangsa dipercayai warga tempatan berusia 20 tahun.

17 Januari 2024


ANBALAGAN menunjukkan suspek kes samun rogol pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini. FOTO Hazreen Mohamad

Serdang: Lelaki warga Pakistan yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol seorang wanita pada Ahad lalu, ditahan selepas kelibatnya melarikan diri selepas melakukan jenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki berusia berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah kondominium di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, jam 8.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 29 tahun mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika melalui jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, Ahad lalu.

Katanya, dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, mangsa yang baharu seminggu bekerja sebagai promoter sambilan di sebuah pusat beli belah di Putrajaya dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Dagang, Sungai Besi.

"Mangsa mendakwa dihampiri lelaki tidak dikenali di atas jejantas berkenaan sebelum dirogol dan telefon bimbitnya disamun, selain turut diacukan pisau.

"Hasil siasatan dan penelitian rakaman CCTV di lokasi berhampiran, polis menahan seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya pada sidang media di IPD Serdang, di sini, hari ini.

Anbalagan berkata, siasatan juga mendapati suspek akan membawa pin yang mana dia akan meminta mangsa membuka telefon bimbit menggunakan alat itu untuk membuang kad sim.

Katanya, mangsa juga turut diarahkan untuk set semula (reset) telefon bimbit berkenaan.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lagi rakan senegaranya berusia 29 tahun yang dipercayai rakan sejenayah dalam satu lagi kejadian samun pada 30 Disember lalu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan seorang wanita berusia 20 tahun kerugian dua telefon bimbit dan mengalami kecederaan di jari kanan.

Anbalagan berkata, kedua-dua suspek tidak bekerja yang mana semakan mendapati suspek pertama masuk ke negara ini sejak Ogos tahun lalu sementara suspek kedua sudah enam bulan berada di negara ini.

Beliau berkata, suspek mengaku terbabit dalam kedua-dua kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) )c) Akta Imigresen 1959/63.

"Suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan.

"Polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa samun kepada suspek ini untuk membuat laporan polis dan sekiranya mempunyai maklumat mengenai individu yang mencurigakan boleh memberi maklumat kepada kami," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051411/rogol-samun-atas-jejantas-warga-pakistan-ditahan



Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes samun 30 Disember tahun lalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la sedara seIslam korang yang korang gigih import masuk Malaysia, gigih Melayukan, demi meramaikan ummah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah! Rupa sekor2 dgn bau bawangnya, jahat pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 05:30 PM | Show all posts
celaka punye warga asing

ko nk tepon tu amik jerlh nape smpai rogol2
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nk jadi msia the boleh land, polis jahat, bbnu tak mau sambung belajar lebih suka lepak dan rempit, pati melempah ruah bwk penyakit bwk budaya pelik, sebahagian buat jenayah berat. Influencer dan artis mendonia tyg western lifestyle lebih omputih drp matsaleh. Kesian cucu cicit kita nk hadap kesan drp tu semua tu, masyarakat jadi rosak, sekeliling tak selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 06:19 PM | Show all posts
Muka bengkak sebelah, kena balun agaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia menuju kearah Sweden Darul kena rogol
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 01:14 AM | Show all posts
deported terus la weyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mane la mangsa lain nak kenal penjenayah ni dh polis gi tutup mata diorg pulak. Dedah jelah mukanye
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
baru seminggu kerja... mesti dah perhatikan hari2 pukul brp dia balik. Kesiannya perempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
berani dia rogol atas jejambat..takde orang lain lalu ke situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 09:35 AM | Show all posts
babi punya pendatang. sempat ko rogol perempuan atas jejantas tu. dah macam cerita hindustan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Laluan sunyi kut tkde org.
Huhu. Celaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 10:54 AM | Show all posts
mohon hantar laki ni kepada rosyamnor
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 11:13 AM | Show all posts
lepas kena penjara, deport tak? ke biar bebas dalam Malaysia mencari mangsa baru?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 11:39 AM | Show all posts
aku tgk keadaan jejambat tu pon alamak kesian nya kena rogol kat situ
itulah risiko perempuan kerja balik malam
masalah nya tgh bandar tu, berani bawang rangers ni buat perangai
muka pun berlemuih
da la kedeks nak bayar ayam lorong
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 11:44 AM | Show all posts
n3ar replied at 18-1-2024 07:46 AM
berani dia rogol atas jejambat..takde orang lain lalu ke situ

Dia tak rogol kat situ rasanya..dia acukan pisau pg tempat lain la tu. Kurang asam punya warga asing. Tolongla bobitkan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 11:45 AM | Show all posts
kalau kena samun tu aku bole accept lagi..ni kena rogol kat jejantas?? jejantas KTM serdang tu kira ade orang la jugagk..mamat bangang tu mmg ati kering rogol kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 11:51 AM | Show all posts
Kesiannya the victim

Semoga dapat balasan setimpal pendatang jahanam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061892 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list