CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10018|Reply: 0

Hanya segelintir pegawai, anggota polis bermasalah - KPN

[Copy link]
Post time 13-1-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terbabit dalam aktiviti jenayah.

Justeru katanya, masyarakat tidak perlu bimbang, sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan itu untuk menjalankan siasatan telus berkaitan kes-kes jenayah membabitkan pegawai dan anggotanya.



Katanya, setiap anggota polis sentiasa diselia oleh penyelia masing-masing dan PDRM mempunyai kaedah sendiri untuk mengendalikan pegawai dan anggotanya termasuk menangkap mereka yang terbabit dalam jenayah.

"Dalam 137,000 keanggotaan polis, tidak sampai dua peratus pun polis melakukan kesalahan tatatetib atau terlibat jenayah kerana mereka ini diselia pegawai atasan.

"Sebagai contoh, 15 minit sebelum bertugas mereka (anggota polis) akan diberikan taklimat 'roll call' oleh penyelia, begitu juga dengan penggunaan pistol.

"Taklimat 'roll-call' dalam kalangan anggota polis bertujuan mengelakkan perbuatan menyeleweng daripada tugas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal yang disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, pada Selasa lalu.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, dua anggota polis peronda berkenaan turut ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

Razarudin berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara agar menyelia pegawai dan anggota masing-masing.

"Takkanlah disebabkan dua anggota polis yang bermasalah in (menyamun dan merogol penuntut), saya perlu menukar modul pengajaran polis?" katanya.

Katanya, di dalam perkhidmatan polis, banyak prosedur dan pelbagai arahan mesti dipatuhi setiap pegawai dan anggota, antaranya perlu mengangkat sumpah supaya tidak terbabit dengan dadah dan lain-lain aktiviti jenayah.

"Walaupun mereka ini telah mengangkat sumpah dan telah diselia, sebagai manusia biasa kita tidaHk akan terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya.

Bagaimanapun, Razarudin berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang terbabit dengan jenayah.

Katanya, sebarang perlakuan jenayah membabitkan pegawai dan anggota polis akan disiasat secara telus dan berharap masyarakat memberi kepercayaan penuh kepada polis.

"Sebagai contoh, anggota polis yang dituduh melanggar seorang pelajar sekolah menengah sehingga maut, kita tidak berselindung dan dakwa dia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, jadi memang tiada kompromi," katanya.

Pada Disember lalu, seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar Tingkatan Lima berhampiran sebuah sekolah menengah di Meru, Ipoh.

Mengenai empat anggota polis yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki terbabit dalam memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri, Razarudin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk menjalankan saringan ujian air kencing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... olis-bermasalah-kpn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.666014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list