View: 17811|Reply: 58
|
[Tempatan]
Saya kaya, aset lebih RM50 bilion jika kekal berniaga, kata Daim
[Copy link]
|
|
Daim Zainuddin berkata sebelum menyertai politik dan memegang jawatan awam, beliau ahli perniagaan yang agak berjaya dan kaya.
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin berkata beliau adalah ahli perniagaan berjaya dengan memiliki aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan sah sebelum terlibat dalam kancah politik.
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion.
“Sebelum menyertai politik dan memegang jawatan awam, saya merupakan seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan kaya. Keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri saya dan keluarga saya,” katanya menerusi afidavit sokongan difailkan pada 10 Jan.
Afidavit sokongan itu difailkan bersama permohonan Daim dan ahli keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Daim pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan diasaskan bersama rakan kongsi lain iaitu sebuah syarikat pembangunan tanah dikenali sebagai Syarikat Maluri Sdn Bhd.
Katanya, syarikat itu (Maluri) bertanggungjawab membangunkan perbandaran dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 bilion.
“Saya juga merupakan pemilik Malaysian French Bank dan kemudian UMBC (kini RHB). Saya juga mempunyai kawalan serta kepentingan dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia. Sebanyak 10% kepentingan saya dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion,” katanya menerusi afidavit itu.
Pada 10 Jan, Daim, 85, dan isterinya Nai’mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan SPRM dan pendakwa raya selaku responden pertama hingga kedua.
Dalam permohonan itu, pemohon berkata pada 30 Dis 2023, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan terhadap Daim telah dibuka berdasarkan maklumat daripada “Pandora Papers”.
Menurut Daim, Pandora Papers adalah fail sulit tersebar pada 2021 yang mendedahkan nama pemilik syarikat luar pesisir, aset, dan akaun bank di luar negara yang di luar bidang kuasa Malaysia, namun beliau mendakwa fail terbabit tidak menyatakan sebarang kesalahan dilakukan olehnya dan keluarga.
Oleh itu, mereka antara lainnya memohon satu perintah antaranya supaya SPRM dan pegawainya membatalkan semua penyiasatan dimulakan terhadap mereka sejak Februari 2023 sehingga kini dan membatalkan semua notis dikeluarkan oleh SPRM.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-1-2024 11:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anakencana at 13-1-2024 02:07 PM
Tun Daim ni spesis Old Money! Bukan kaleng² tau. Dulu Tun Daim ni katanya pernah jadi financial advisor Sultan Hassanal Bolkiah.. selain backbone as Menteri Kewangan & advisor khas era pemerintahan pentadbiran Tun M. Panjang citernya.. lebih hebat dari kisah kotak pandora misteri sekarang ni.
Tun Daim ni lah yg bukak Pulau Labuan utk jadi pusat pelaburan kewangan luar pesisir ala² Kepulauan Cayman Bahamas (port offshore financial belah Asia Tenggara). George Soros pun sujud crown ngan otak brilliant Tun Daim.
1st wife ~ Noraini Rafei dah lama cerai - bermaustatin kat London kaedahnya, ada anak pompuan Asnida yang manage Syarikat Maluri Sdn. Bhd (Tun Daim otai Melayu as property developer yg bukak Taman Bukit Maluri, Cheras, Kepong dan yg sewaktu dengannya).
2nd wife - arwah Mahani Daim - ada sorang anak lelaki Wira Daim yang spoil brat gitu katanya.
3rd wife - Toh Puan Na'imah Khalid - ada 2 anak lelaki , Amin & Amir yg tengah dok kontroversi ni pasal Ilham Tower tu.
Tun Daim ada bukak yayasan atas nama arwah emaknya Yayasan Pok Rafeah. Masa Tsunami melanda Acheh, beliau lah yg setup financial aid support etc kat orang Acheh yang terpinggir dek faktor geo politik Indonesia dan pembangunan bumi Acheh tu. Ada jugak katanya termasuk bantuan buat masyarakat Melayu di Selatan Thailand.
Motif Konflik??
Ada banyak.. Abang non nak counterback dendam tak sudah sejak zaman jadi Timbalan .. mungkin pasal projek, pasal pilih kasih, pasal protégé & campurtangan teratak Konoha?? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
saya kaya......
anda kaya
semua kaya
bara bara bare bare bare |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...bukan kaleng2 kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
anakencana replied at 12-1-2024 11:34 PM
Tun Daim ni spesis Old Money! Bukan kaleng² tau. Dulu Tun Daim ni katanya pernah jadi financial adv ...
Klau kaya mmg sbb niaga mmg ada basisnya .....tp yg blh pertikai juga camne nuart x niaga pun blh kaya raya? |
|
|
|
|
|
|
|
anakencana replied at 12-1-2024 11:34 PM
Tun Daim ni spesis Old Money! Bukan kaleng² tau. Dulu Tun Daim ni katanya pernah jadi financial adv ...
baru iols tahu ,tq cuols sudi sharing...
Tun Daim ni jenis yg tak suka canang kebaikan sendiri. iols baru tahu byk gila jasa2 tun daim dalam membangunkan negara...
Jaub beza dgn bapok tua kaki planta yg attention seeker yg selfclaim as muntri kewayangan terbalik tapi sebenarnyehh tin kosongggg berkarat jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka kaya yang dihasilkan secara traditional |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-1-2024 09:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mojarean_X replied at 12-1-2024 11:11 PM
Tun daim lah yg bina byk perumahan utk org melayu lps 13 mei utk bawa masuk melayu kt kawasan KL dan pinggir KL. Kalo x, KL ni melayu amat sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
So apasal susah sangat nak declare asset tu. Declare jer lah and biar sprm investigate. sedangkan najib keluar 42juta utk csr pun di gelar penyamun. Zaman Tun M n Daim dulu banyak salahguna kuasa berlaku. Camner lah tak kaya dah semua kena melutut kat diaorang berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
harta dunia je tu.. cuba sedekah kan separuh.
nanti tinggal jua bila masuk kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
taikun KL....satu masa dulu....
sapa nak buat projek dlm KL....kena kasi % sama taikun....
kuhe...kuhe....kuhe... |
|
|
|
|
|
|
|
girtuhhhh kaya raya mmg golek2 atas pitih la anak2 dia. patut la wira tu sebegitu kejadiannya dah la anak laki jauh plak tu gap dgn anak sulung. ingatkan dari mak yg sama.
so declare je la harta....kan mudah cerita |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 13-1-2024 12:23 PM
girtuhhhh kaya raya mmg golek2 atas pitih la anak2 dia. patut la wira tu sebegitu kejadiannya dah la ...
Best kan Jadi sleeping partner je
Duit masyukk tiap tiap Bulan...
Rezeki dia....huhu....rumah dia kat mana EK ..
MCM tak banyak rumah situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 13-1-2024 09:09 AM
baru iols tahu ,tq cuols sudi sharing...
Tun Daim ni jenis yg tak suka canang kebaikan sendiri. i ...
Terang lagi bersuluh uols.. pangkat dan kekayaan bukan untuk memastikan rakyat selamat..namun sebaliknya lebih kepada dendam...gituhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Che Abdul Daim Zainuddin berkata, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion.
--
so, ko nak declare lah harta ko lebih > RM50 billion?
itu hari 5 kali dibagi peluang utk declare
tp ko x declare
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anakencana at 13-1-2024 01:46 PM
mojarean_X replied at 13-1-2024 09:41 AM
Tun daim lah yg bina byk perumahan utk org melayu lps 13 mei utk bawa masuk melayu kt kawasan KL d ...
Betul uols..
https://vt.tiktok.com/ZSNTv4Eqt/
Betul apa yang Tun M cakap ni, ayat ringkas .. straight forward.. rakyat bawah pun faham, terbaik Tun! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kannnnn.. kenapa susah sgt nk declare dah mmg kaya pun sebelum join politik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|