CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15124|Reply: 0

[Borneo] Gelombang keempat MTL: Penduduk, agensi diminta siap siaga, patuhi SOP

[Copy link]
Post time 7-1-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melawat tapak bencana tanah runtuh di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, hari ini. -Gambar BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Agensi terlibat termasuk penduduk di selatan tanah air diminta berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi serta jawatankuasa negeri perlu bersiap siaga, bagi mengambil tindakan segera menghadapi bencana dibawa oleh MTL termasuk bencana banjir.

“Luruan gelombang keempat MTL ini telah beralih ke selatan dan saya harap tindakan segera mengikut SOP yang telah ditentukan oleh NADMA (Agensi Pengrusan Bencana Negara) dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi, dapat diikuti oleh semua jawatankuasa dan juga agensi terlibat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat kejadian pada 12 Okt tahun lalu.

Mengulas mengenai keadaan banjir di negeri Johor, Ahmad Zahid berkata mangsa kembali mencatat peningkatan namun dengan kerjasama agensi terlibat, pengurusan banjir didapati semakin baik berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 PPS setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.

Seramai 793 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Kota Tinggi, 277 mangsa di dua PPS di Mersing manakala sebuah PPS masing-masing di Johor Bahru (43 mangsa) serta Kluang (84 mangsa).- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5255 Replies : 21
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177044 Replies : 4058
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21869 Replies : 121
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7092 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39764 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3602 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73033 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45439 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 1.118338 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list