View: 10811|Reply: 0
|
Kevin De Bruyne jadi sasaran Arab Saudi
[Copy link]
|
|
DE BRUYNE memiliki kontrak sehingga musim panas 2025 bersama City, namun tawaran yang menarik mungkin menyebabkan kelab itu sedia melepaskannya ke Arab Saudi. - AFP
LONDON – Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dilaporkan sudah menukar fokus mereka untuk mendapatkan Mohamed Salah untuk dibawa beraksi di Liga Arab Saudi dengan menamakan buruan terbaharu mereka.
PIF Arab Saudi yang menjadi entiti yang menyokong kewangan empat kelab besar di liga berkenaan iaitu Al-Nassr, Al-Ittihad, Al-Ahli dan Al Hilal sedia untuk membantu pasukan berkenaan mendapatkan lebih banyak pemain bintang dari Eropah.
Pada penghujung jendela musim panas lalu, Al-Ittihad melakukan kejutan dengan menawarkan yuran perpindahan sehingga £150 juta (RM696.82 juta) untuk mendapatkan Salah, namun ditolak oleh Liverpool.
Ekoran kekecewaan gagal mendapatkan Salah yang dijangka menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool, PIF dilapor mengalihkan fokus mereka untuk mendapatkan khidmat perancang sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne.
Kontrak semasa pemain antarabangsa Belgium itu akan berakhir pada musim panas 2025 dan City masih lagi belum membuat keputusan mengenai masa depannya di Etihad ekoran siri kecederaan yang dialaminya.
De Bruyne dibeli pada 2015 pada harga £55 juta (RM255.50 juta) dan berjaya meledak 96 gol, mencipta 152 umpanan jaringan dalam 358 penampilan untuk menjulang 13 trofi bersama The Citizens.
Menurut sumber, City dipercayai tidak keberatan untuk melepaskan tonggak di bahagian tengahnya itu sekiranya tawaran tersebut bermula dengan nilai £100 juta (RM464.55 juta).
Pengendali City, Pep Guardiola juga dipercayai sudah mengarahkan pasukan pemantau bakatnya untuk menilai aksi pemain Bayer Leverkusen, Florian Wirtz secara dekat kerana dia dianggap sebagai calon pengganti sesuai buat De Bruyne. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... sasaran-arab-saudi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|