CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40344|Reply: 0

[Selangor] Jurugambar kecewa pengantin dakwa hasil kerja seperti ‘budak sekolah’

[Copy link]
Post time 31-12-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar perkongsian video tular itu di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang jurugambar meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila mendapati pelanggannya yang juga pasangan pengantin menyebarkan cerita negatif mengenai hasil kerjanya.

Ia susulan apabila seorang pengantin perempuan memuat naik video ketidakpuasan hatinya terhadap hasil gambar perkahwinan yang diambil jurugambar berkenaan.

Melalui penjelasan yang dikongsi melalui akaun TikTok, jurugambar itu mendedahkan bahawa perkara tersebut telah memberi kesan kepada reputasinya.

“Dalam situasi ini, saya ingin menunjukkan bukti bahawa pasangan pengantin ini tidak bercakap benar dan seolah-olah cuba membuat saya kelihatan tidak profesional,” katanya.

“Gambar yang menjadi tular sebenarnya adalah gambar yang tidak menunjukkan kualiti sebenar kerja saya. Ia adalah gambar dengan pencahayaan yang kurang baik tanpa tetapan yang betul dan tidak menggambarkan kemahiran fotografi saya,” jelasnya.

Jurugambar itu juga terpaksa memulangkan RM650 kepada pasangan pengantin tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kos suntingan dan album.

“Mereka mengadu gambar itu seperti diambil oleh ‘budak sekolah’.

“Pasangan pengantin ini juga tidak jujur mengenai harga pakej asal yang diterima dan mereka cerita yang saya enggan benarkan tetamu masuk ketika sesi bergambar.

“Memang benar, saya menutup pintu sementara selama 15 minit kerana saya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan pengantin tanpa sebarang gangguan,” ujarnya.

Dalam pada itu, hantaran tersebut berjaya meraih pelbagai reaksi daripada netizen di TikTok.

“Terbaik penjelasan, puas hati. Saya pun jurugambar juga, bila dapat pengantin yang suka sebarkan benda negatif ni memang susah dan suka pertikaikan hasil kerja orang,” Komen Saka’z.

“Sebenarnya, pengantin tu saja cari alasan sebab nak duit refund,” tulis Shahruleizwan.

Seorang pengguna media sosial bernama Aidil Affendy berkata, netizen tidak boleh mendengar dari sebelah pihak sahaja, tetapi kedua-dua pihak juga. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/2023/12 ... erti-budak-sekolah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 1.018056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list