CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26620|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kesan suspek simbah cat di Taman Kuala Bekah

[Copy link]
Post time 29-12-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan suspek simbah cat di Taman Kuala Bekah

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
29 Disember 2023 11:48am




Rakaman CCTV menunjukkan perbuatan khianat tersebut dilakukan oleh seorang lelaki. Suspek didapati telah menyimbah cat di sebuah rumah di Taman Kuala Bekah.



KEPALA BATAS - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes simbah cat di beberapa buah rumah termasuk kenderaan di Taman Kuala Bekah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, setakat ini polis telah menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut.



Menurutnya, siasatan awal mendapati, salah seorang mangsa telah melakukan pinjaman wang secara dalam talian melalui laman sosial Facebook pada awal bulan November lalu.

"Mangsa mengaku membuat pinjaman dalam talian itu namun dia telah menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut. Bagaimanapun, mangsa masih diganggu oleh pemberi pinjam wang yang menuntut bayaran tambahan daripada mangsa.


"Pihak forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian dan telah mengambil sampel cat berserta botol cat yang ditinggalkan oleh suspek untuk tujuan analisa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Beberapa buah kereta turut disimbah cat berwarna merah oleh seorang suspek dalam kejadian pada Khamis.




Mohd Asri berkata, siasatan juga mendapati perbuatan menyimbah cat tersebut telah dilakukan oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa.

"Kejadian pada jam 4.30 pagi itu melibatkan empat buah rumah dan empat buah kereta. Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana menawarkan pinjaman wang tanpa lesen serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.




"Polis memohon kerjasama daripada semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohamad Azhar Abd Sukor dan Sarjan Norlida Bidrus di talian 04-5672222 atau 04-3232422," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.940324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list