View: 14504|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kelantan belum lumpuh, banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang terkawal
[Copy link]
|
|
Anggota tentera menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Lubok Jong, Pasir Mas yang terjejas banjir hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
PASIR MAS – Polis menafikan dakwaan ramai pihak yang mengatakan bahawa keadaan di Kelantan lumpuh susulan banjir yang melanda Pasir Mas dan Rantau Panjang ketika ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintandan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata, banjir kali ini dilihat tidak seburuk seperti yang sebelum ini.
Katanya,setakat ini, sebanyak 24 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 7,698 orang.
“Banjir yang berlaku di Pasir Mas dan Rantau Panjang sebelum ini pernah mencecah 11,000 orang dengan 40 PPS dibuka.
“Justeru, orang ramai diharap tidak memberi gambaran yang salah mengenai situasi banjir ketika ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Aminuddin memberitahu, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir masih diteruskan melibatkan anggota bomba, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Tambahnya lagi, keadaan paras air dalam keadaan mendatar dengan Sungai Golok masih berada pada paras 11.04 meter.
“Dijangka akan ada lagi mangsa yang berpindah ke PPS. Selain itu, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan air naik setinggi satu meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... u-panjang-terkawal/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|