CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11779|Reply: 0

[Kelantan] Dua kali 'pindah' ke PPS dalam tempoh 2 minggu

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Noor Fazraida yang menghidap angin ahmar bersama dua anaknya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Chondong. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Machang: Tidak sampai dua minggu, pesakit angin ahmar dari Kampung Pulai Chondong di sini, bersama suami serta dua anaknya terpaksa berpindah sekali lagi ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Chondong, selepas kediaman mereka dinaiki air, pagi semalam.

Sebelum ini, Noor Fazraida Ramli, 39, bersama suami, Jasmi Ismail, 46, serta dua anak mereka, Rihan Dania Jasmi, 18, dan Daniq Aqib jasmi, 12, berada di PPS selama tiga hari selepas dipindahkan pada 10 Disember lalu.

Rihan Dania Jasmi, 18, berkata, bagaimanapun, pada 10 pagi semalam, mereka sekeluarga terpaksa berpindah sekali lagi selepas air mula melimpah masuk ke dalam kediaman, setinggi 0.6 meter.

"Hujan lebat berterusan sejak Ahad menyebabkan kediaman kami dinaiki air selepas berlaku limpahan air sungai yang terletak kira-kira lima m dari belakang rumah.



"Bimbang ia semakin teruk ditambah pula keadaan ibu yang tidak dapat bergerak selepas diserang angin ahmar sebelah kanan badan sejak Ogos lalu menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal dengan menghubungi anggota keselamatan.

"Ini adalah kali kedua kami sekeluarga berpindah ke PPS dalam tempoh kurang dua minggu dan penat mencuci rumah pun belum hilang, kini terpaksa kembali semula ke PPS," katanya ketika ditemui di PPS SK Pulai Chondong.

Rihan Dania berkata, walaupun sering berdepan dengan banjir berikutan kedudukan rumahnya yang berhampiran sungai, namun dia tetap dihantui cemas.

"Lebih membimbangkan lagi keadaan ibu yang tidak mampu bergerak sendiri.

"Jika sebelum ini, ibu mempunyai kudrat untuk berpindah sendiri, namun kini dia terpaksa bergantung kepada ahli keluarga untuk berkemas atau berpindah setiap kali banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-tempoh-2-minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.212374 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list