CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11663|Reply: 0

Postecoglou tabik Vicario, Richarlison

[Copy link]
Post time 24-12-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Tottenham, Guglielmo Vicario menyelamatkan satu percubaan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London malam tadi. – Foto AFP

LONDON: Guglielmo Vicario bukanlah seorang penjaga gol berprofil tinggi dalam Liga Perdana Inggeris tetapi dia menikmati musim sulung mengagumkan di Tottenham Hotspur dan bertindak hebat malam tadi bagi memastikan pasukannya menang 2-1 ke atas Everton.

Dia pasti gembira memanaskan tangannya dengan tiga penyelamat rutin daripada penyudah hambar Everton pada babak pertama ketika pelawat memulakan kebangkitan mereka selepas gol awal Richarlison dan Son Heung Min membolehkan Spurs mendahului 2-0.

Bagaimanapun pada babak kedua dia benar-benar diuji dan perlu berada pada tahap terbaiknya, terutama apabila menafikan percubaan Arnaut Danjuma selepas Andre Gomes merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-82.

"Dia bertindak hebat sejak perlawanan pertama," kata pengurus Tottenham, Ange Postecoglou. "Sesetengah perlawanan kami tidak perlukan terlalu banyak (tindakan penyelamat) tetapi hari ini ya.


"Tindakan penyelamat dilakukannya selain cara dia menangani sepakan sudut amat bagus - mereka terlalu menekan penjaga gol ketika situasi itu.


Penyerang Tottenham, Richarlison (kanan) menyumbat gol pertama menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London malam tadi. – Foto REUTERS

"Dia seorang penjaga gol yang hebat dan menanganinya bersama benteng pertahanan berbeza dalam banyak perlawanan. Dia matang dan ia membantu pasukan dalam keadaan tertentu."

Pengurus itu juga berkata, beliau tidak terkejut dengan peningkatan Richarlison ketika penyerang Brazil itu menyumbat empat gol dalam tiga perlawanan sesudah hanya meledak dua gol dalam 39 perlawanan terdahulu.

"Dia beraksi dengan bagus," katanya apabila ditanya mengenai perubahan itu.

"Jelas dia terlepas aksi bola sepak susulan pembedahan (groin) pada November tetapi dia makin mantap dalam setiap perlawanan.

"Dia tidak bergelut sebelum ini cuma dia tidak cergas 100 peratus. Dia kini berasa lebih selesa sekarang dari segi fizikal dan mental.

"Permainannya secara umum benar-benar bagus tetapi saya tahu ada banyak lagi boleh disumbangkannya." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... vicario-richarlison
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.094138 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list