CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6632|Reply: 0

[Kelantan] Ulang alik 3 kali sehari bawa 300 kg dedak

[Copy link]
Post time 24-12-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Ulang alik 3 kali sehari bawa 300 kg dedak


Syaherah Mustafa
[email protected]



MUHAMMAD Abdullah memberi makan dedak sebahagian lembunya yang dipindahkan akibat banjir ketika ditemui di Kampung Degung, Lubok Stol. FOTO Syaherah Mustafa




Rantau Panjang: Menggalas tugas menjaga 16 lembu peliharaan milik orang kampung, seorang pemuda berulang alik tiga kali sehari membawa hampir 300 kilogram (kg) dedak untuk diberi kepada ternakan itu sepanjang musim banjir.

Muhammad Abdullah, 39, berkata lembu terpaksa dibawa naik ke jalan utama susulan kebanyakan kawasan di Kampung Degung, Lubok Stol, di sini, dilimpahi air.

Katanya, ia menjadi rutin hariannya untuk membawa dedak menggunakan motosikal roda tiga sebelum menaburkanya untuk lembu ternakan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam.

"Pada hari biasa, lembu ini akan dilepaskan sahaja di padang atau kawasan berumput namun apabila musim tengkujuh kawasan itu dinaiki air sehingga paras melebihi satu meter.

"Banjir besar tahun lalu, ada lembu hampir lemas dibawa arus namun sempat diselamatkan.

"Oleh itu saya buat persiapan dengan memindahkan ia ke tempat selamat lebih awal malah dedak juga dibeli awal kerana bimbang jalan ke kedai ditutup.

"Ada kalanya saya perlu pindahkan lembu beberapa kali kerana banjir tidak boleh dijangka," katanya ketika ditemui di Kampung Degung, di sini.

Tambahnya, kediamannya sendiri dinaiki air namun masih selamat untuk diduduki namun tidak menolak untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika perlu.



Disiarkan pada: Disember 24, 2023 @ 8:43am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.074381 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list