CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27010|Reply: 0

[Pahang] Kartel 5 syarikat makanan ayam disifatkan pengkhianatan paling tinggi

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode

FUZIAH meninjau harga barang pada hari pertama pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 di sebuah pasar raya di Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Tindakan lima syarikat pengeluar makanan ayam yang berpakat menetap dan menyeragamkan secara bersama harga produk mereka untuk pasaran tempatan disifatkan sebagai pengkhianat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pakatan yang dilakukan lima syarikat itu adalah pengkhianatan kepada negara di peringkat paling tinggi.

Katanya, ia adalah kesalahan paling besar yang dilakukan sehingga menyukarkan kerajaan untuk mengawal harga ayam di pasaran.

"Apabila berlaku kartel atau pakatan untuk mengawal harga makanan ayam, maka harga ayam itu susah dikawal.



"Bagi saya, ini pengkhianatan kepada negara peringkat paling tinggi dari segi undang-undang.

"Lima syarikat terbabit menguasai 40 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini," katanya pada sidang media selepas meninjau harga barang keperluan melalui pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Semalam lima syarikat terbabit dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta selepas didapati bersalah menetap dan menyeragamkan secara bersama harga produk mereka.

Syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

Lima daripada 29 syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan itu dianggarkan menguasai sehingga 40 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini.

MyCC dalam keputusannya berkata, mereka didapati melanggar Seksyen 4(1) Akta Persaingan 2010 kerana membuat perjanjian mendatar atau menegak dilarang antara perusahaan dengan matlamat atau menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran barang atau perkhidmatan.

Mengulas pelaksanaan SHMMP Krismas, Fuziah berkata, skim itu berkuat kuasa hari ini selama lima hari sehingga 27 Disember ini.

Katanya, seramai 2,200 anggota penguat kuasa KPDN bersama 900 pegawai pemantau harga KPDN di seluruh negara ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar raya besar, pasar basah dan kedai runcit.

"Pelaksanaan penugasan di lapangan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

"Sebanyak 14 jenis barangan yang diwartakan bagi pelaksanaan skim ini antaranya daging kambing, biri-biri bertulang import, tomato, dan lada benggala hijau.

"Selain itu, kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah, cili merah, ubi kentang import (China), bawang merah besar import dan bawang kuning besar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... natan-paling-tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.407544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list