View: 12771|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mangsa banjir di Pasir Mas terus menurun
[Copy link]
|
|
SEKUMPULAN penduduk mengambil kesempatan untuk menjala ikan di musim banjir selepas air Sungai Lancang melimpah di Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
KOTA BHARU: Situasi banjir di Pasir Mas khususnya di kawasan Rantau Panjang bertambah baik apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 1,095 orang berbanding 1,492 pada pukul 4 petang semalam.
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 397 orang mangsa yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa dari 330 keluarga itu sedang berlindung di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurutnya, tiga PPS yang masih aktif itu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, SK Gual Periok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial.
“Daripada jumlah tersebut PPS SK Gual To’Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 530 orang diikuti, SK Gual Periok (420) dan SMK Baroh Pial (145),” katanya.
Ujarnya antara kawasan kampung yang masih ditenggelami air ialah
Baroh Pial, Gual Periok, Banggol Perol, Lachang, Terusan, Tok Daah, Gual Nibong, Kedai Lama, Kedap, Bakat, Banggol Ubi Keling dan Kok Kiyeh.
Sementara itu, paras Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih melepas bacaan berjaga-jaga walaupun menurun.
Lain-lain sungai di negeri ini berada di paras normal.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -mas-terus-menurun/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|