CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7055|Reply: 0

[Kelantan] Semangat Nor Syazwani terus hidup

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

Wan Nur Safia Balqis, 4 melihat ibunya,Nor Syazwani Mohd Hanifah,25 yang terlantar akibat asma kronik. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Pernah koma lebih sebulan dan 'mati' beberapa detik, namun semangat Nor Syazwani Mohd Hanifah untuk terus hidup kuat, demi dua anaknya yang masih kecil.

Nor Syazwani, 25, menderita asma kronik dan kini terlantar sejak lima bulan lalu dengan dua anaknya, Wan Nur Safia Bella, 1, dan Wan Nur Safia Balqis, 4, masih memerlukan perhatiannya.

Suaminya, Wan Amirul Hanif Wan Haznan, 27, berkata, isterinya menghidap asma sejak kecil dan bergantung inhaler namun, penyakit itu mulai kronik pada 24 Julai lalu apabila Nor Syazwani sesak nafas.

Katanya, ketika kejadian, dia bekerja di luar Kelantan dan Nor Syazwani dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu oleh mentuanya, Mastura Awang Hitam, 48 .



"Isteri ditidurkan selama tiga hari dan koma lebih sebulan, malah jantungnya pernah terhenti sekali ketika dirawat di unit rawatan rapi.

"Pada Ogos, dia mula buka mata dan dibenarkan pulang, namun sehingga kini terlantar," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Bual, Tanjung Pauh, di sini.

Wan Amirul berkata, sejak itu Nor Syazwani hanya kaku di atas katil, sekali gus berubah daripada seorang yang aktif, ceria dan banyak bercakap sebelum ini.

Katanya, isterinya juga bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diminum empat kali secara melalui tiub dan perlu memakai lampin.

"Isteri seorang yang suka membantu, sedekah. Sejak kecil dia kuat bekerja, mungkin Allah mahu isteri 'rehat' selepas banyak pengorbanan dilakukan pada keluarga," katanya yang memberitahu isterinya dijaga Mastura apabila dia keluar bekerja.

Sementara itu, Mastura berkata, Nor Syazwani anak yang baik dan sanggup mengambil dia dan anak bongsunya yang juga OKU untuk tinggal bersama walaupun sudah berkahwin.

Katanya, Nor Syazwani banyak menyara keluarga malah berhasrat membawanya bercuti ke Tasik Kenyir namun tidak kesampaian kerana serangan penyakit itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yazwani-terus-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039092 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list