CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7538|Reply: 0

[Pahang] MUIP agih RM31.8 juta bantuan zakat kepada institusi pendidikan Pahang

[Copy link]
Post time 21-12-2023 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-12-2023 09:33 AM

MUIP agih RM31.8 juta bantuan zakat kepada institusi pendidikan Pahang


Oleh Mohd Rafi Mamat - Disember 21, 2023 @ 8:49am  [email protected]




Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Husain (kiri) menyampaikan bantuan zakat kepada sekolah di Pahang. - Foto MUIP




KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM31.8 juta kepada 43 institusi pendidikan agama di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Husain berkata bantuan diberikan kepada kepada satu persatuan guru selain masing-masing tiga kepada maahad tahfiz dan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, bantuan turut diberikan kepada 16 sekolah agama rakyat (SAR KAFA) termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).

Katanya, bantuan dalam bidang pendidikan dalam tempoh 11 bulan sehingga bulan lalu mencecah RM31.8 juta membabitkan lima skim bantuan yang disediakan.

"Sebanyak RM743,000 sumbangan am kepada maahad tahfiz dan pondok, diikuti bantuan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf surau sekolah dan penganjuran program keagamaan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan sebanyak RM1.3 juta.

"Sebanyak RM2.6 juta diberikan kepada SAR KAFA bagi tujuan baikpulih, selenggara dan menaik taraf bangunan kelas serta penyediaan peralatan. Sebanyak RM9.2 juta diberikan kepada 9,940 penerima skim bantuan awal ke institusi pengajian tinggi.

"Bantuan tertinggi disediakan MUIP membabitkan sebanyak RM18 juta diberikan kepada 16,538 penerima di bawah skim bantuan derma siswa," katanya pada Majlis Agihan Zakat kepada institusi pendidikan, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Amzan Abdul Malek.

Ahmad Hairi berkata bantuan turut diberikan kepada 52 jenis skim agihan bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Antaranya program bantuan kepada fakir miskin, pembangunan asnaf, dakwah dan pembangunan mualaf serta pembangunan surau dan masjid.

"MUIP berharap bantuan diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu ke arah memartabatkan lagi institusi pendidikan Islam di Pahang.

"Kita berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi pembayar zakat muncul di negeri ini dalam usaha MUIP membela nasib golongan asnaf selain pihak lain yang layak menerima bantuan," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060782 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list