CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2822|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu mabuk langgar 2 guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom

[Copy link]
Post time 19-12-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu mabuk langgar 2 guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan dua lelaki yang tersepit dalam kereta sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas. FOTO Ihsan Polis




Kepala Batas: Polis sedang menunggu laporan kimia termasuk Puspakom bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan dua guru akibat dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata sebaik kedua-dua laporan itu diterima pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Ketika ini, kita sedang tunggu laporan kimia, Puspakom untuk rujuk DPP (Timbalan Pendakwa Raya)," katanya secara ringkas dalam pesanan WhatsApp, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek yang sebelum itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan dibebaskan dengan jaminan, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi Sabtu lalu, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32 yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bunga manakala rakannya, Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi,31 yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phei Shin maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan pemandu kereta jenis BMW yang hilang kawalan di Jalan Permatang Baru, di sini.

Insiden menyebabkan kedua-dua guru itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu BMW berusia 46 tahun tidak cedera.



Disiarkan pada: Disember 19, 2023 @ 2:43pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.036731 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list