CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6516|Reply: 0

[Kedah] Pelajar UUM pendebat terbaik keseluruhan Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 19-12-2023 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar UUM pendebat terbaik keseluruhan Bahasa Melayu

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
19 Disember 2023  04:43pm




Kemenangan itu menyaksikan Faris Daniel Rizal Zainorizal, 20, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 dan piala. - Foto: UUM


SINTOK - Pendebat Universiti Utara Malaysia diumumkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan Kategori Bahasa Melayu (Muda) dalam Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Edisi Ke-24 pada Isnin.

Kemenangan itu menyaksikan Faris Daniel Rizal Zainorizal, 20, membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala.


Menurut pelajar Semester 3 Sarjana Muda Undang-undang itu, tajuk usul yang sukar selari isu semasa menjadi satu cabaran yang terpaksa ditempuhinya sebelum berjaya meraikan kejayaan sebagai pendebat terbaik keseluruhan.

"Saya menerima saingan kuat daripada pendebat yang mewakili universiti-universiti seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang tidak memberi jalan mudah untuk saya mencapai anugerah ini.


“Saya gembira dengan pengiktirafan diberikan dan berterima kasih kepada ibu bapa, rakan sepasukan, jurulatih dan keluarga besar Unit Debat Bahasa Melayu kerana sentiasa ada,” katanya yang terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan debat dari UPNM pada peringkat suku akhir.

Jelasnya, dia bersyukur atas peluang dapat mewakili UUM ke pertandingan tersebut dan penerimaan anugerah itu juga menjadi pendorong kepadanya untuk terus memantapkan gaya perdebatan pada masa hadapan.

Selain Faris Daniel, pasukan debat UUM itu turut diwakili pelajar Sarjana Muda Undang-undang iaitu Muhammad Tirmizi Rabidin, Farah Aulia Ahmad Sanusi dan Nadjween Hanie Mohd Mayan.

Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan merakamkan ucapan tahniah kepada pendebat UUM yang berjaya mengharumkan nama universiti dalam pertandingan tersebut.


"Jadikan kemenangan ini sebagai inspirasi kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan dalam apa juga pertandingan yang disertai.

"Buktikan bahawa pelajar UUM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malahan mampu menyerlah dalam kegiatan kokurikulum seperti debat ini," katanya.



Sebanyak 85 pasukan mewakili 19 universiti awam dan empat institusi pengajian tinggi swasta mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Diraja Antara IPT tahun ini.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.288442 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list