View: 10971|Reply: 0
|
[Kelantan]
Belum ada kes tipu pindah ke PPS untuk dapat bantuan
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Sri Rantau Panjang 2 di Rantau Panjang, hari ini. - NSTP/SYAHERAH MUSTAFA
RANTAU PANJANG: Belum ada kes penduduk menipu untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di negeri ini bagi mendapatkan bantuan bencana.
Media sebelum ini melaporkan sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata untuk mendapatkan bantuan banjir, sedangkan kediaman mereka tidak terkesan bencana itu atau setakat dinaiki air paras amat cetek.
Malah, ada dalam kalangan mereka dikatakan turut memanggil anak yang berada di luar lokasi banjir supaya pulang ke kampung halaman dan berpindah ke PPS untuk 'merebut' bantuan RM3,500 bagi setiap keluarga yang disediakan oleh kerajaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata setakat ini tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan perkara itu.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sudah pasti menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam mengurus proses pendaftaran mangsa banjir di setiap PPS.
"Persepsi berkenaan mungkin timbul susulan jumlah mangsa berpindah ke PPS yang ramai berbanding tahun sebelum ini, namun kami masih tidak menerima sebarang aduan berkaitan.
"Selain itu, laporan pecah masuk rumah mangsa banjir juga tidak diterima, justeru penduduk diharap agar tidak bimbang berpindah ke PPS demi keselamatan. Tambahan pula, anggota bertugas sentiasa menjalankan rondaan di kawasan terjejas.
"Anggota polis juga ditugaskan di PPS bagi menjaga keselamatan serta memudahkan mangsa membuat aduan jika berlaku sebarang masalah," katanya selepas menyampaikan sumbangan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, di sini hari ini.
Muhammad Zaki berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima 102 laporan berkaitan kerosakan tanaman, ternakan dan rumah di seluruh Kelantan untuk tujuan tertentu dan memerlukan pengesahan polis.
"Beberapa pos kawalan dan balai polis turut digenangi banjir, namun gerak kerja tetap seperti biasa demi tanggungjawab kepada masyarakat terutamanya mangsa banjir. Kami sentiasa bersiap siaga untuk misi menyelamat terutama di kawasan pedalaman yang terkepung banjir untuk bawa keluar mangsa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... untuk-dapat-bantuan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|