CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25896|Reply: 2

Gembira Tak Sampai Satu Jam, Kereta Baharu Tenggelam Dalam Banjir

[Copy link]
Post time 17-12-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Tak sampai satu jam menikmati kegembiraan memiliki sebuah kereta baharu, sepasang suami isteri diuji apabila kenderaan tersebut ditenggelami air akibat banjir kilat.


Menerusi satu hantaran yang dikongsikan individu bernama Azhazul Azri di Facebook, pasangan berkenaan adalah klien adiknya yang menerima kenderaan model Proton X50 pada petang Sabtu.






"Adik saya deliver kereta customer jam 5.00 petang. Jam 6.00 petang kereta customer tenggelam banjir," tulisnya.


Difahamkan, kenderaan pasangan berkenaan ditenggelami banjir kilat yang melanda kawasan Puchong, Selangor pada Sabtu.


Tambah individu berkenaan, bagaimanapun pasangan tersebut membuat tindakan yang bijak iaitu mengambil perlindungan peril khas (special perils) untuk kereta mereka.


"Mujur adik saya paksa customer (kawan dia) tambah cover special perils. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover.


"Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam.


"Kalau terendam banjir kereta canggih-canggih ni, RM10,000 tak cukup nak restore.


"Lega. Lega betul saya dengar bila kereta ini cover special perils. Baru sejam keluar showroom," tulisnya.


Sekadar maklumat tambahan, peril khas merupakan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.


Menjengah ruangan komen, rata-ratanya menzahirkan simpati dengan nasib yang menimpa pasangan berkenaan serta turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.


"Fuhhh seram... baru sejam dah kena.


"Nasib semalam dah tambah special perils.


"Yang lain kena beringat untuk ambil coverage bencana alam. Cuaca Malaysia tak menentu... jangan nak murah, nanti bila kena pening kepala," demikian antara reaksi netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iklan insurance ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:01 AM | Show all posts

aku pun berfikiran sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067011 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list