CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23093|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,622 orang

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,622 orang


Oleh Nazdy Harun - Disember 16, 2023 @ 8:46pm bhnews@bh.com.my




Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat membabitkan enam daerah yang terjejas. - NSTP/Ghazali Kori




KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,622 orang sehingga jam 8 malam ini, membabitkan enam daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 1,615 orang daripada 399 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Terkini 36 PPS dibuka di negeri ini yang menempatkan 637 keluarga. Jumlah mangsa di daerah Hulu Terengganu semakin menurun dan seramai 282 orang daripada 64 keluarga kini berlindung di tujuh PPS," katanya.


Penduduk, Mohd Nasaruddin Alias, 30, bersama ahli keluarga menolak bot di hadapan rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Nibong. - NSTP/Ghazali Kori
Daerah Setiu, seramai 267 mangsa terdiri daripada 79 keluarga berada di lapan PPS, manakala di Kemaman seramai 227 mangsa (54 keluarga) berada di tiga PPS.

Di Besut pula, seramai 185 mangsa (54 keluarga) berada di lima PPS, dan di Marang seramai 231 mangsa (41 keluarga) ditempatkan di empat PPS.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.078864 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list