CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12167|Reply: 0

[Terengganu] Redah banjir 2 km, pindahkan lembu, kambing

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:30 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Junoh, 66 meredah banjir mengalihkan lembu peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas kawasan kebunnya dinaiki air di Kampung Paya Besar. FOTO Ghazali Kori

Kuala Berang: Seorang warga emas terpaksa mengharungi banjir sejauh empat kilometer pergi dan balik untuk menyelamatkan ternakan yang dipeliharanya daripada mati akibat banjir.

Mohamad Junoh, 66, dari Kampung Paya Besar dekat sini berkata, dia memelihara lima ekor lembu dan 15 ekor kambing sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, kejadian banjir tahun lalu menyebabkan tiga ekor lembu yang diternak mati apabila dihanyutkan arus deras akibat bencana banjir.

Katanya, melihat paras air semakin meningkat pada 9 pagi hari ini, dia nekad mengharungi banjir sedalam satu meter sejauh dua kilometer untuk menyelamatkan ternakannya.



"Bagi mengelak kejadian sama berulang, saya mengambil langkah menempatkan lembu dan kambing di kawasan tinggi di dalam kebun yang jaraknya dua kilometer dari rumah.

"Lembu saya diikat di kawasan rendah di dalam kebun dan apa bila melihat paras air mula naik semakin tinggi saya nekad ke kebun untuk menyelamatkan ternakan.

"Walaupun terpaksa berjalan pada jarak yang jauh berikutan laluan tidak dapat diekses menggunakan kenderaan namun saya nekad berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, paras air juga dalam dan ada sesetengah tempat melebihi satu meter namun dia terpaksa demi menyelamatkan ternakan yang dipeliharanya.

Katanya, memandangkan kawasan kebun sudah tidak boleh di masuk menggunakan kenderaan, dia terpaksa berjalan untuk ke kebun bagi memberi makan kepada ternakannya selepas ini.

Menurutnya, selagi paras air melebihi satu meter saya terpaksa berulang-alik ke kebun untuk memberi makan kepada ternakan sejauh empat kilometer pergi dan balik.

Katanya, biasanya rutin memberi makan ternakan dua kali sehari iaitu pagi dan petang, oleh itu sehari saya perlu berjalan lapan kilometer pergi dan balik.

Mohamad berkata, mujur banjir kali ini tidak berlaku secara mengejut dan paras air tidak setinggi ketika kejadian yang berlaku tahun lalu dan membolehkan dia menyelamatkan ternakannya itu.

"Buat masa ini kesemua ternakan biarlah berada di kebun yang kedudukannya tinggi walaupun saya terpaksa berulang-alik untuk memberi makanan kepada haiwan berkenaan.

"Rakan-rakan sekampung yang menternak haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing turut melakukan perkara sama bagi mengelak ternakan dibawa arus banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahkan-lembu-kambing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.306054 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list