CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5252|Reply: 0

[Terengganu] Redah banjir 2 pagi selamatkan diri pindah ke balai raya

[Copy link]
Post time 14-12-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Redah banjir 2 pagi selamatkan diri pindah ke balai raya


Oleh Nazdy Harun - Disember 14, 2023 @ 12:40pm  bhnews@bh.com.my




Satu laluan ke Kampung Peneh, Hulu Terengganu ditenggelami banjir akibat hujan lebat dari semalam. -Foto NSTP/Nazdy Harun




KUALA BERANG: "Dalam kegelapan malam saya harungi banjir sambil mendukung anak bongsu sejauh 100 meter untuk ke balai raya berikutan perkarangan rumah ditenggelami banjir," kata Razali Mat Rani, 44, dari Kampung Peneh, dekat sini.

Katanya, hujan berterusan sejak petang semalam mengakibatkan air naik mendadak dan memenuhi perkarangan rumah mencecah kedalaman satu meter.

Bimbang keselamatan ahli keluarga, Razali mengarahkan isterinya bersama anak sulung berusia 12 tahun ke balai raya terlebih dahulu.

"Ayah yang tinggal bersama kami, turut berpindah ke rumah berdekatan dan kira-kira jam 2 pagi saya mengambil keputusan untuk ke balai raya bersama anak bongsu.

"Dalam kegelapan malam saya harungi banjir sedalam satu meter dan sejauh kira-kira 100 meter ke balai raya untuk berlindung," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurutnya, melihat paras air kembali surut dia mengambil keputusan untuk pulang pada jam 8 pagi bagi melihat keadaan rumahnya.

Katanya, saban tahun dia bersama keluarga akan berdepan fenomena banjir yang melanda kampung terbabit dan menjadi kebiasaannya berpindah ke balai raya empat atau lima kali.

Razali berkata, setiap kali banjir paras air sedalam satu hingga tiga meter akan menenggelamkan rumahnya dan apabila tiba musim Monsun Timur Laut (MTL) dia sekeluarga akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengutamakan keselamatan.

Jirannya, Che Rosidah Che Ismail, 40, berkata, ekoran hujan lebat berterusan sejak perang semalam, rumahnya ditenggelami banjir sedalam satu meter.

"Melihat keadaan semakin membimbangkan saya bersama anak dan emak mengharungi banjir sedalam satu meter dan kemudian dibantu penduduk dengan membawa saya ke balai raya menggunakan bot.

"Alhamdulillah, semuanya selamat kerana ketika mengharungi banjir ada penduduk yang datang mengambil saya sekeluarga dengan menggunakan bot untuk ke balai raya," katanya.

Menurutnya, kedudukan kampung berhampiran Sungai Peneh dan Sungai Berang mengakibatkan berlakunya limpahan air mendadak apabila berlakunya hujan lebat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peneh, Che Khalid Jusoh, 57, berkata, pusat pemindahan di balai raya kampung itu dibuka secara tidak rasmi.

"Seramai 19 keluarga daripada 57 mangsa mula berpindah ke balai raya kira-kira jam 11.30 malam dan banjir mula surut pada jam 4.30 pagi.

"Biasanya fenomena kepala air di kawasan bukit berhampiran mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan kampung ini dan sekiranya," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.436558 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list