CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31439|Reply: 0

Kehadiran Morales kuatkan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 13-12-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode

MORALES ketika menyertai PKNS FC. FOTO Effendi Jagan

Kuala Lumpur: Kehadiran calon baharu naturalisasi negara, Romel Morales bakal memberi nilai tambah buat skuad Harimau Malaya khususnya menjelang kempen Piala Asia di Qatar, Januari ini.

Menurut ejen terkemuka tanahair Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, beliau amat mengenali gaya permainan penyerang kelahiran Colombia itu selepas membawa Morales ke Malaysia pada 2018 lalu.

Katanya, Morales mampu beraksi di pelbagai posisi termasuk selaku penyerang utama seperti mana yang dilakukannya sepanjang bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) sejak tiga musim lalu.

"Saya bawa dia (Morales) bermain di Liga Malaysia pada 2018 dan dia memang seorang pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi, itu kelebihan dia.



"Asalnya dia adalah pemain nombor 10 (penyerang bantuan) apabila saya jumpanya mula-mula dulu. Datuk K Rajagobal juga mainkan peranan besar apabila melihat potensinya dan mengambil main untuk PKNS.

"Selepas itu dia bermain sebagai pemain sayap, pemain tengah dan sekarang sebagai penyerang hadapan dengan KL City.

"Jadi dia bagi saya adalah aset terbaik skuad Harimau Malaya untuk membantu pasukan kerana dia boleh bermain di banyak posisi," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod, sejak Morales tiba bermain di Liga Malaysia pada 2018 lalu, dia sudah beraksi bersama tiga pasukan iaitu PKNS FC dari 2018 hingga 2019 sebelum berhijrah ke Melaka United pada musim 2020.

Selepas itu, dia menyertai KL City di bawah bimbingan Bojan Hodak waktu itu dan berjaya membantu kelab itu muncul juara Piala Malaysia 2021 serta menjadi naib juara Piala AFC (2022) dan naib juara Piala FA (2023).

Sepanjang tempoh lima musim beraksi buat tiga kelab tempatan itu, Morales sudah meledak sejumlah 58 gol dalam 148 penampilannya dalam kesemua pertandingan domestik mahupun saingan kelab-kelab Asia.

Semalam, akhbar ini melaporkan skuad Harimau Malaya boleh dikatakan sudah selangkah untuk menyenaraikan Morales sebagai tonggak baharu naturalisasi negara seawal tahun depan.

Menurut sumber, penyerang berusia 26 tahun itu bakal berhijrah ke pasukan baharu dengan menyertai juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim depan.

Malah semalam, turut menyaksikan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik status Morales bakal beraksi buat pasukan negara dalam masa terdekat sebelum posting itu dipadamkan.

Jika Morales berjaya dinaturalisasikan, ini bermakna dia bakal menjadi tonggak kelapan yang berstatus pemain naturalisasi selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Endrick dos Santos dan Paulo Josue.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tkan-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.246451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list