CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 0

[Johor] Bapa lima anak derita sakit saraf hanya mampu terlantar

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SUBOHI dan Jalilah bersama Mohd. Shahrizan yang kini terlantar di atas katil akibat penyakit saraf ketika ditemui di Kampung Seri Bunian, Pontian.

PONTIAN – Bapa lima anak, Mohd. Shahrizan Subohi kini hanya terlantar dan tidak mampu untuk bercakap akibat pe­nyakit saraf dihadapinya semakin kronik sejak setahun lalu.

Bapanya, Subohi Kardi, 65, berkata, anaknya telah lama menghidap penyakit itu, namun sebelum ini masih boleh bekerja membaiki sofa dan bercakap.

Bagaimanapun, Mohd. Shahrizan, 42, kini tidak mampu lagi mencari rezeki.

“Kerana terlalu lama berba­ring, punggungnya mengalami luka-luka dan terpaksa menggunakan katil khas yang dipinjamkan oleh seorang guru,” katanya.

Mohd. Shahrizan memiliki lima anak berusia antara 9 hingga 20 tahun.

Subohi memberitahu, walaupun usianya sudah lanjut, namun dia masih bekerja dengan syarikat mengeksport buah nanas di Batu 34, di sini.

Katanya, pendapatan bulanan itu digunakan untuk membantu membeli ke­perluan Mohd. Shahrizan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

Ibu Mohd. Shahrizan, Jalilah pula membantu membuat kerepek pisang untuk dijual kepada penduduk setempat dan kedai runcit serta gerai makan berdekatan.

“Satu hari, anak saya menggunakan dua keping lampin pakai buang dewasa dengan anggaran 60 keping setiap bulan,” ujarnya.

Sementara itu, Jalilah berkata, anaknya sudah tidak dapat bercakap, tetapi memahami apa yang dikatakan dan hanya mampu makan bubur.

“Dia tidak boleh urus diri. Kami menjaga mereka (cucu-cucu) yang memerlukan perhatian memandangkan mereka masih bersekolah,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Public Bank milik Mohd. Shahrizan 4553584002 atau menghubungi Subohi di talian 017-7218 681.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ya-mampu-terlantar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.113863 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list