CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19774|Reply: 0

[Terengganu] Harga sayur naik mendadak didakwa akibat cuaca tidak menentu

[Copy link]
Post time 12-12-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Harga sayur naik mendadak didakwa akibat cuaca tidak menentu


Oleh Faizul Azlan Razak - Disember 12, 2023 @ 2:24pmbhnews@bh.com.my




Tinjauan harga sayur di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terenganu. - Foto FAIZUL AZLAN RAZAK




KUALA TERENGGANU: Beberapa sayur dikesan berlaku kenaikan harga antara RM4 hingga RM6 mulai minggu ini, didakwa akibat cuaca tidak menentu ketika ini.

Tinjauan di pasar basah mendapati salad paling ketara berlaku kenaikan hingga RM18 sekilogram (kg) berbanding RM12 kg minggu lalu manakala cili kepada RM16 kg berbanding RM12 kg sebelum ini.

Seorang peniaga, Marzuki Omar, 62, berkata beberapa jenis sayur lain juga berlaku kenaikan harga minggu ini seperti kangkung.

Beliau berkata, kangkung pada minggu lalu dijual dengan harga RM6 kg, kenaikan RM2 kepada RM8 kg minggu ini.

"Apa yang yang boleh saya katakan banyak sayur berlaku kenaikan minggu ini berbanding minggu lalu.

"Apabila berlaku kenaikan seperti ini, saya terpaksa mengehadkan pembelian yang banyak daripada pembekal kerana bimbang barang ini tidak laku," katanya yang ditemui di Pasar Cabang Tiga di sini, hari ini.

Seorang lagi peniaga sayur, Mamat Embong, 70, berkata bukan sayur yang datang dari Cameroon Highland saja berlaku kenaikan harga, malah sayur kampung juga naik.

Beliau berkata, antara sayur kampung yang berlaku kenaikan ialah terung bulat daripada RM6 kg kepada RM9 kg, bendi yang dijual dengan RM14 kg naik berbanding RM10kg minggu lalu.

"Selain itu, harga sayur petola juga naik kepada RM9 kg daripada RM6 kg dan kenaikan harga ini juga disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang," katanya.

Mamat berkata, pihaknya mendapati sayur lain seperti timun batang masih stabil apabila dapat dijual dengan harga antara RM3.50 hingga RM4 kg.

"Namun, harga kacang panjang juga tidak menentu apabila minggu lalu saya menjual dengan RM7 kg, namun minggu ini RM10 kg," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.957431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list