CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10994|Reply: 0

[Johor] 9 geng kongsi gelap dipantau

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

TATU (dari kiri) Geng Hong Hong San, Geng 04, Geng 36 dan Geng 21.

Johor Bahru: Sembilan kumpulan kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.

Antaranya Geng Ang Soon Tong, Geng Gee Ang Eng, Geng Hong Hong San, Geng Ngo Sek Kee, Geng Jin Jee Tong, Geng 04, Geng 21 dan Geng 36.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ada dalam kalangan ahli kongsi gelap terbabit sudah diberkas pada Op Cantas kerana terbabit dalam pergaduhan.

Op Cantas dijalankan bagi membanteras kegiatan gangsterisme.



"Polis tidak menolak peningkatan kes pergaduhan antara kumpulan di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

"Insiden pergaduhan direkod sejak awal tahun sehingga pertengahan November adalah 104 kes berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kamarul Zaman, banyak punca boleh dikaitkan dengan pergaduhan terbabit.

"Antaranya masalah keluarga, pergaduhan semasa nahas jalan raya, selisih faham isu kewangan, berebut teman wanita dan banyak lagi," katanya.

Kamarul Zaman berkata, daripada 104 kes pergaduhan sepanjang tempoh Januari hingga November lalu, 10 kes membabitkan kongsi gelap.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan ahli kongsi gelap berpunca daripada perebutan ahli selain selisih faham ketika mabuk," katanya.

Namun Kamarul Zaman memaklumkan, masyarakat tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa berusaha keras membanteras unsur gangsterisme ini.

Pada masa sama, menurut Kamarul Zaman, sejak Op Cantas dijalankan, 501 individu berusia 15 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan.

"Daripada jumlah itu, 183 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan merusuh dan mendatangkan kecederaan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kegiatan kongsi gelap di lokasi mereka untuk tindakan," katanya.

Pada 3 Julai lalu, menerusi Op Cantas, PDRM Kontinjen Johor menahan 199 ahli kongsi gelap yang diambil tindakan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ia membabitkan ahli Geng 21, Geng 04, Geng 36, Geng 24, Geng Jit It Hai, Geng Hong Hong San dan Geng Hup Hoe Tong yang aktif dalam jenayah pemerasan, ugutan jenayah, samun berkumpulan, mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata serta merusuh.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ngsi-gelap-dipantau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061934 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list