CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5175|Reply: 0

[Terengganu] Sektor pertanian Terengganu rugi lebih RM3 juta akibat banjir gelombang pertama

[Copy link]
Post time 11-12-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Terengganu: Sektor pertanian kerugian kira-kira RM3.257 juta disebabkan banjir gelombang pertama yang melanda negeri ini pada pertengahan bulan lalu.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, berdasarkan laporan, kerugian tertinggi direkodkan ialah kemusnahan tanaman padi iaitu sebanyak RM2.3 juta.

Selain itu, katanya, sektor agromakanan pula mengalami kerugian berjumlah RM872,700.

"Seramai 331 pesawah terjejas membabitkan kawasan seluas 732 hektar dan untuk sektor agromakanan pula membabitkan seramai 143 orang dengan keluasan tanaman 285 hektar.



"Semua yang terbabit adalah pengusaha dari daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut yang kebanyakan mengusahakan tanaman di pesisir pantai," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Katanya, banjir gelombang pertama melanda beberapa daerah di negeri ini bermula 20 November lalu.

"Petani dan pesawah yang mengalami kerugian boleh memohon bantuan termasuk melalui Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

"Kebiasaannya bantuan bagi kemusnahan tanaman padi disebabkan bencana banjir akan disalurkan kerajaan Persekutuan di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi," katanya.

Katanya, petani agromakanan pula boleh memohon bantuan disediakan kerajaan negeri di bawah Tabung Bencana Pertanian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-banjir-gelombang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.199768 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list