CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33396|Reply: 0

[Johor] Tambang Shuttle Tebrau dari Woodlands ke Johor Bahru ditetapkan RM5

[Copy link]
Post time 10-12-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode


KLUANG: Warga Malaysia akan membayar lebih murah mulai tahun depan ketika menggunakan perkhidmatan shuttle Tebrau dari Woodlands, Singapura ke Johor Bahru apabila kadarnya ditetapkan pada RM5.

Ketika ini kadar tambang shuttle Tebrau ke Woodlands adalah RM5 manakala, perjalanan pulang ke Johor Bahru dari sana berharga SGD5 (RM17.39).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menstukturkan semula kadar tambang itu, dan rakyat akan dapat berjimat apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5.

"KTMB semalam setelah mencadangkan kepada saya perubahan stuktur untuk memudahkan rakyat kita dan mengelakkan pihak lain ambil peluang.

"Untuk warganegara Malaysia kita tetapkan satu kadar tambang RM5 untuk pergi dan balik. Ini sudah tentu menjimatkan penumpang yang bergantung kepada mod shuttle ini.

"Saya sambut baik cadangan itu dan saya akan bawa kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kita harap ia akan dilaksanakan mulai awal tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen Tahunan DAP Negeri Johor di sini hari ini.

Anthony berkata, shuttle Tebrau akan memanfaatkan rakyat Malaysia khususnya yang bekerja di Singapura dengan penjimatan sehingga RM200 bagi 20 kali penggunaan.

"Walaupun pada perancangan asal shuttle Tebrau akan dihentikan operasi selepas Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru- Singapura beroperasi pada awal 2027, dalam tempoh tiga tahun ini, ia memudahkan rakyat kita yang bekerja di sana," katanya.

Dalam pada itu, pelaksanaan transit aliran ringan (LRT) di Johor memerlukan perancangan dan perincian lanjut antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Anthony berkata pelaksanaan kemudahan pengangkutan awam itu juga tidak mudah dan bergantung kepada faktor kewangan negara.

Katanya, bagaimanapun, dari segi pelaksanaan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), ianya dalam perancangan dan bergantung kepada pembiayaan pihak swasta.

"Hal ini berperingkat, kita tiada masalah menyokong pelaksanaan namun bukan begitu mudah kerana mengambil kira pelbagai faktor kewangan.

"HSR kita lihat cadangan dari pihak swasta dan memang dalam perancangan untuk dilaksanakan.

"Cuma dari segi pembiayaan mesti berdasarkan pembiayaan swasta sama ada boleh laksana atau tidak, terpulang dan kita sedang tunggu kertas cadangan dari pihak swasta," katanya.

Beliau berkata, Bas Rapid Transit (BRT) kini dalam perancangan bagi melengkapkan jajaran Rapit Transit Sistem (RTS) yang dijangka mula beroperasi pada awal 2027.

Katanya kewujudan BRT juga dilihat sebagai pelengkap sistem pengangkutan awam lebih baik di Johor Bahru dan Johor secara amnya.

Pada 23 November lalu, semasa Belanjawan Johor 2024, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pembinaan LRT dan HSR di negeri ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.146505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list