View: 31398|Reply: 9
|
Polis Ambil Keterangan Ibu Bapa Zayn Rayyan Sekali Lagi, Termasuk Jiran Dan Saksi
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Polis mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin sekali lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pasangan itu diambil malam tadi dan mungkin akan diambil sekali lagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/08/154034tzzmupj1tlg9gh7w.png) Foto: Harian Metro
Menurutnya, keterangan jiran dan saksi juga akan diambil dalam tempoh masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.
"Kita ambil keterangan mereka kali kedua malam tadi (kelmarin) dan akan lihat keperluan sekiranya akan ambil lagi maklumat lain," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, proses pencarian bahan bukti masih giat dijalankan di lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui.
Katanya, semua elemen termasuk kepakaran forensik turut digunakan dalam proses pencarian itu.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke klu ambil kenyataan berulang kali itu tandakan org yg disyaki? |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti: bukan ke klu ambil kenyataan b ...
Oo ye kee.. aku tgk muka mak dia pun mcm lembam jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 8-12-2023 05:01 PM
Oo ye kee.. aku tgk muka mak dia pun mcm lembam jgk..
Mild lembam kot...nampak je normal padahal mild lembam |
|
|
|
|
|
|
|
Tah apa lg kejutan... Down la sejak malam arwah dijumpai.. smga dpt keadilan pd arwah, comel sgt dia |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|