CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4980|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM1.1 juta selenggara 140 CCTV di Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan hampir RM1.1 juta untuk menyelenggara kamera litar tertutup (CCTV) bagi empat pihak berkuasa tempatan (PBT), tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, ia membabitkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang membelanjakan sebanyak RM640,465 untuk menyelenggara 71 unit CCTV.

Katanya, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pula sebanyak RM397,200 untuk 20 unit dan Majlis Daerah Tampin (MDT) sebanyak RM3,000 untuk 44 unit serta Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sebanyak RM13,000 untuk lima unit CCTV.

"Penyelenggaraan dilaksanakan empat kali setahun dengan kos bagi setiap unit CCTV adalah RM751.72 sebulan.

"Pemasangan CCTV di setiap kawasan PBT adalah berdasarkan lokasi strategik dan mengikut kadar statistik jenayah yang tinggi berpandukan laporan serta saranan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pemasangan CCTV juga bertujuan pemantauan aktiviti pembuangan sampah haram di beberapa lokasi yang dikenal pasti," katanya.

Beliau menjawab soalan Chew Seh Yong (PH-Lobak) pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Chew ingin mengetahui jumlah dana penyelenggaraan tahunan dan laporan operasi, serta rancangan masa depan atau terkini berkaitan CCTV agar kawasan keselamatan dipantau sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselamatan rakyat.

Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, berkata MDT merancang memasang CCTV di persimpangan jalan utama di bandar Tampin, Gemencheh dan Gemas bermula tahun 2025 secara berperingkat mengikut kemampuan dan kelulusan peruntukan.

"Penambahan pemasangan CCTV akan diteliti dari semasa ke semasa kerana ia penting dalam menjamin keselamatan dan mengurangkan jumlah kerugian atau kemudaratan kerana tindakan awal dapat diambil sebaik sahaja kamera CCTV mengesan pergerakan atau merakam situasi yang tidak diingini," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.299543 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list