CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3058|Reply: 0

[Sarawak] Rubiah galak wanita sertai program JELITA@RISDA

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:04 PM | Show all posts |Read mode


Rubiah merakamkan kenangan bersama tetamu pada majlis berkenaan.

KUCHING: Golongan wanita harus menyertai program Pemerkasaan Pekerjaan dengan Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA@RISDA), kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Menurutnya, program berbentuk pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) itu bertujuan meningkatkan kemahiran dan daya saing golongan terbabit.
"Ia dilaksanakan oleh Kolej RISDA dan Kolej Univerisiti Agrosains Malaysia (UCAM) sebagai agensi pelaksana.

"Program JELITA@RISDA menawarkan 10 bidang kursus namun tumpuan diberikan kepada empat bidang iaitu pensijilan halal, pelancongan, hospitaliti dan kulinari; teknologi agro dan perniagaan luar bandar," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Program JELITA@RISDA di Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kota Samarahan dekat sini, hari ini.

Rubiah menjelaskan, JELITA@RISDA berhasrat menjadi hab latihan dan pendidikan terkemuka yang dikhususkan untuk pemerkasaan wanita melalui saluran TVET.

"Ini merupakan satu peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui kementerian dan RISDA untuk wanita luar bandar mendapat pengetahuan dan kemahiran.

"Secara tidak langsung melalui pensijilan JELITA ini nanti, ia memberi suntikan nilai tambah kepada peserta terutamanya mereka yang terlibat sebagai seorang usahawan," jelasnya.

Mengulas lanjut, Rubiah memberitahu, program itu tidak hanya memberi bimbingan latihan, malah para peserta turut diberi peralatan mengikut bidang kursus TVET yang dijalankan.

"RISDA juga dalam proses menambah baik pelaksanaan program JELITA@RISDA dengan memasukkan elemen-elemen Sijil Kemahiran Malaysia untuk pelaksanaan tahun 2024," katanya.

Hadir sama, Pengarah RISDA Sarawak Saharuddin Saberi, Ketua Eksekutif Kolej RISDA Datin Faizatul Akmar Datuk Hisan dan tetamu jemputan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046207 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list