CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15038|Reply: 10

Netizen Sangsi Panda Di Zoo, Lagak Macam Manusia

[Copy link]
Post time 1-12-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Sebuah zoo di China menjadi perhatian apabila video empat ekor panda sedang duduk di atas kerusi mengelilingi sebuah meja sambil menikmati makanan dengan lagak seperti manusia tular di media sosial.


New York Post melaporkan, pihak pengurusan Zoo Chongqing memuat naik video tersebut yang dirakam di sebuah kandang panda gergasi pada Sabtu lalu.


Foto: Zuma




Empat ekor panda tersebut dilihat duduk di atas kerusi masing-masing seperti gaya manusia dengan ada yang memegang makanan.


Aksi comel itu menarik perhatian pengguna media sosial. Mereka sekali lagi menyatakan rasa curiga mengenai sama ada ia adalah panda sebenar atau manusia yang menyamar.


“Video ini menguatkan teori saya bahawa panda sebenarnya manusia dalam sut panda. Ia bukan haiwan sebenar,” kata seorang netizen.


“Cara ia duduk di hujung klip video amat sempurna. Gerak-gerinya menunjukkan sikap seekor beruang sebenar. Sukar untuk manusia duduk begitu,” kata pengguna lain yang percaya bahawa ia adalah haiwan sebenar.


Klip video itu mengingatkan orang ramai mengenai kisah seekor beruang matahari Malaya, Angela yang menjadi sensasi internet pada musim panas lalu.


Angela yang berada di Zoo Hangzhou disyaki sebenarnya manusia, disebabkan cara ia berdiri serta keadaan kulitnya di belakang badannya yang kelihatan seperti kostum.


Pakar-pakar dan pihak zoo tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa Angela adalah haiwan sebenar dan bukan manusia. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana bideonya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata teori amid bador benar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:11 AM | Show all posts
betul kadang diorg main porem acah2 know it all tapi duk dalam zoo know nothing at all
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:48 AM | Show all posts
filem korea ada psl pekerja zoo pakai kostum
xtau la based on true story ke fiksyen semata
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:12 AM | Show all posts
Po? is that you?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 08:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:22 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 06:22 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:12 AM | Show all posts
slyflynx replied at 10-9-2024 06:22 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama

Nampak sangat forum cari ni mudah utk orang abuse. Tak ada checking username kosong. Tak ada validation hingga user boleh spam satu board.
Aku pun dah malas nak masuk CI.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:35 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.761581 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list