|
BANGKOK – Seorang tuan rumah di Thailand terkejut apabila mendapati sebuah bilik yang disewakan kepada seorang wanita dipenuhi sampah dan menjadi tempat pembiakan serangga.
Thaiger melaporkan bilik yang disewakan kepada wanita berusia 42 tahun itu menjadi sarang pembiakan ular, cacing dan tikus.
Foto: Khaosod
Menurut Namwan Panadda, qalaupun wanita itu bekerja sebagai seorang penjawat awam, bilik itu telah diabaikan selama dua tahun. Anehnya, kos sewa sebanyak 1,500 baht (RM201) masih dibayar pada setiap bulan.
Sampah di dalam bilik itu didapati dilonggok mencecah siling dan dipenuhi serangga.
Namwan dan suaminya kemudian menghabiskan lebih 3,000 baht (RM402) untuk membersihkan bilik itu selain mengisi sampah tersebut di dalam 250 beg dan membuangnya.
Bagaimanapun, Namwan dihubungi penyewa tersebut dan dia dituduh menceroboh bilik yang dipenuhi barang berharga.
Disebabkan keadaan bilik yang menjejaskan penyewa lain, dia membuat laporan di Balai Polis Hua Mak. –CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|