View: 17488|Reply: 1
|
'Anak beri kekuatan saya jalani hidup sebagai bapa tunggal'
[Copy link]
|
|
'Anak beri kekuatan saya jalani hidup sebagai bapa tunggal'
HAIRUL bersama tiga anaknya. FOTO Hairul Anuar Rahim
Kuala Lumpur: Menyedari tidak ramai bapa tunggal berkongsi status secara terbuka mendorong Hairul Muhamad berkongsi kisahnya di TikTok.
Bukan mahu membuka aib jauh sekali menarik perhatian sesiapa namun niat Hairul, 37, adalah menceritakan sisi kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada tiga anak berumur enam, lapan dan 10 tahun.
Menyedari banyak mata yang memerhati, Hairul berkata, perkongsiannya lebih tertumpu kepada rutin bersama anak dan tidak menyentuh soal peribadi.
"Saya aktif dalam dunia TikTok sejak lebih setahun lalu dan awalnya dulu saya tengok ramai ibu tunggal berkongsi kisah kehidupan mereka. Waktu itu, saya tengok tak ada bapa tunggal yang kongsi kisah mereka jadi itu yang memberi idea untuk saya tampil ke depan.
HAIRUL bermesra bersama anaknya di kediaman mereka. FOTO Hairul Anuar Rahim
Menceritakan pengalamannya, Hairul mengakui sukar untuk membiasakan diri dengan perubahan hidup selepas bergelar bapa tunggal.
Bagaimanapun, hubungan baik dengan bekas isteri dan pengalaman banyak mengajarnya untuk berdamai dengan takdir.
"Awal (perpisahan) memang sukar kerana waktu itu saya duduk di Terengganu manakala bekas isteri bersama anak di Ampang.
"Jadi setiap minggu datang ke Ampang dan buat rutin sama dalam setahun sampai 2019, saya nekad pindah ke Ampang juga dan tinggal tak jauh dengan bekas isteri.
"Waktu itu, saya datang sehelai sepinggang malah ke sini sebelum dapat kerja tapi sanggup ambil keputusan berpindah supaya senang berurusan dengan bekas isteri soal anak.
"Memandangkan saya berpisah cara baik dengan bekas isteri dan sudah bincang soal penggiliran serta hala tuju anak-anak jadi tak ada masalah kerana yang penting kami berkomunikasi," katanya.
Menurut Hairul, selain keluarga, anaknya yang banyak memberi kekuatan untuknya menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal.
"Walaupun dengar tak logik namun anak yang banyak beri sokongan kepada saya. Jadi, tak perlu minta orang luar untuk faham situasi saya cukuplah anak-anak sebagai bukti saya sudah jalankan tanggungjawab saya terhadap mereka.
"Di TikTok pula, 98 peratus ibu tunggal beri sokongan kepada saya malah ramai juga mengadu bekas suami tak jenguk anak mereka. Ada juga beberapa bapa tunggal mesej bertanya tip dan saya kongsi setakat yang termampu kerana mesej cuba saya sampaikan adalah tanggungjawab terhadap anak tetap sama walaupun sudah berpisah," katanya.
Ditanya sama ada sudah bertemu pengganti, Hairul mengakui ada keinginan berkahwin lagi.
"Tipu kalau saya kata tak nak ada pasangan baru tapi jika ada jodoh, saya nak berkahwin dengan ibu tunggal kerana yakin mereka lebih faham situasi saya," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ebagai-bapa-tunggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah co-parenting sebegini.. tak ramai bekas pasangan yang sama2 matang boleh bertolak ansur in co-parenting... |
|
|
|
|
|
|
| |
|