View: 4310|Reply: 11
|
Alami Alahan Teruk Semasa Hamil, Nadia Aqilah Dah Tak Nak Tambah Anak
[Copy link]
|
|
Nadia Aqilah tak rancang nak tambah anak sebab dah ada sepasang cahaya mata.
Katanya dia mahu ikatan hubungan yang lebih erat antara keluarga dan mahu memastikan detik bersama dua anaknya itu tidak terlepas.
Nadia bagaimanapun berkata dia tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil lagi di masa akan datang.
Foto: IG
"Cukuplah sepasang... saya mahu hubungan yang kuat bersama anak-anak. Ibu bapa sekarang pun mesti nak melihat proses pembesaran anak mereka.
"Suami saya juga sudah bersetuju. Malah dia pun agak trauma melihat saya mengalami alahan teruk sepanjang dua kali hamil sebelum ini," katanya kepada mStar.
Berkongsi tentang kehidupan harian sebagai seorang ibu, Nadia juga meletakkan batas dalam menerima tawaran kerja.
Kata Nadia, dia tidak mahu mengambil tawaran yang memerlukannya berada di lokasi terlalu lama sehingga menyebabkan kurang masa bersama keluarga.
"Saya yang tetapkan syarat untuk tidak terlalu lama di set penggambaran. Sekarang pun anak kedua masih menyusu badan, jadi saya kena lebih banyak masa di rumah.
"Kita pun perlu keseimbangan dalam kerja. Kenalah bataskan dalam menerima tawaran," jelasnya.
Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada April 2018 dan memiliki sepasang cahaya mata iaitu Senja Aqilah, 4, dan Aria Bayu, lima bulan.
Bercakap mengenai filem MagiK, Nadia meluahkan rasa teruja kerana diberi kesempatan untuk mempelajari bahasa isyarat.
Membawakan watak Fiza sebagai seorang ibu kepada kanak-kanak kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, Nadia memberitahu dia cukup puas dengan karakter berkenaan.
"Salah satu sebab saya terima tawaran ini adalah kerana berpeluang belajar bahasa isyarat. Sudah lama simpan hasrat nak belajar tetapi tidak berkesempatan.
"Dalam filem ini watak saya tidak banyak dialog jadi saya dapat luahkan emosi dengan hanya reaksi muka sahaja," ceritanya.
Selain Nadia filem ini turut dibintangi oleh Beto Kusyairy dan pelakon cilik Qisya Hairulzain. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Lohhh punya lah minah ni low profile, dah dua anak dia eh |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan bujang lagi.... tapi mmg suka lakunan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
bila kawen nya?ingatkan masih bujang.
btw aku ada kawan sorang macam ni masa pregant alahan yg teruk.sampai lepas beranak pun sisa morning sick ada lagi.masa dia dalam pantang tu dia kata memang tak lah pregant lagi sebab susahkan orang sekeliling. sekarang anak dah masuk 8 tahun.memang kawan aku tu sorang tu je anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa ni.. tak kenal.. mcm niki sikit2 pun ada but less sepet.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sulung tu muka emak sgt
bab alahan2 time preggy ni mmg tak tertanggung sbnrnya
dpt rezeki anak dua pun dah cukup Alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni nyanyi pon sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka la tgk dia berlakon..lagi sorg tu pun sama..ruzana ibrahim nama dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kurang cun tp pandai pilih yg bujang.. hidup happy happy jeee.. banding ijering dah ade yg bujang pi buang ingat leh dpt musang bahrin... Ujung ujung rembat aje laa laki org |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kawin ada anak rupenya dia. I ingat dia gf tony yusof.
Tak sangka dah anak 2. Tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Skyline_84 replied at 24-11-2023 10:26 PM
iols suka la tgk dia berlakon..lagi sorg tu pun sama..ruzana ibrahim nama dia..
Kwn baik dia la jg tu
Pernah berganding dlm grup luscious dl2 ni
Diaorg berlakon suara jelas, sedap dgr |
|
|
|
|
|
|
|
i feel her... aku kena darah tggi + alahan.. sedia dok MC, smpai kena panggil HR.. bila mengandung 2nd child, teus berenti kerja ja.. smpai anak besar sikit baru kerja balik.. mmg dua dua prgnancy darah tggi + alahan smpai mcm nk buat apa pun fail.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|